Dengan ketinggian mencecah 2,717 kaki, menara Burj Khalifa di Dubai kini gah sebagai menara pencakar langit tertinggi di dunia. Namun pada tahun 2020, sebuah menara di Arab Saudi iaitu Jeddah Tower dijangka akan memotong kedudukan Burj Khalifa di tangga pertama apabila siap dibina nanti.

Jeddah Tower.
Kredit foto : Business Insider

Menara tersebut yang bakal dibina di bandar Jeddah, mempunyai ketinggian mencecah 3,280 kaki. Jeddah Tower akan menjadi simbolik terpenting di dalam pelan pembangunan semula Bandar Ekonomi Jeddah.

Loading...

Wah, nampak macam ‘grand’ Jeddah Tower ni apabila siap nanti. Jom lihat 6 fakta yang perlu anda tahu tentang pembinaan menara tertinggi di dunia ini :

#1. Bentuk pencakar langit tersebut tersebut yang mempunyai lebih 200 tingkat berserta puncak tajam di bahagian atas telah direka oleh 2 pihak iaitu Adrian Smith dan Gordon Gill Architecture.

Jeddah Tower
Kredit foto : Business Insider

#2. Di dalam menara itu akan mempunyai restoran-restoran, bilik-bilik hotel, apartment dan juga pusat membeli belah.

Jeddah Tower

#3. Pendek kata, Menara Jeddah ini berfungsi sebagai bandar mini.

Jeddah Tower

#4. Sebelum diberi nama Jeddah Tower, bangunan ini dahulunya dikenali sebagai Kingdom Tower dengan ketinggian 563 kaki lebih tinggi daripada Burj Khalifa di Dubai.

Jeddah Tower
Apabila siap, Jeddah Tower bakal memotong kedudukan Burj Khailfa di tangga pertama. Kredit foto : Business Insider

#5. Setakat Februari 2018 kini, sebanyak 60 tingkat sudah siap dibina.

Jeddah Tower

#6. Pelan pembangunan semula Bandar Ekonomi Jeddah bakal menelan belanja sebanyak $20 bilion yang melibatkan 2 batu persegi dan dibuka seawal tahun 2026 nanti. Projek ini merupakan salah satu projek mega yang sedang dijalankan oleh kerajaan Arab Saudi.

Jadi, nampaknya semakin banyak negara yang berlumba-lumba membina menara pencakar langit tertinggi di dunia. Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat.

BACA JUGA :   Isu Batal IMAMS : Ini Respon Mengejut Para Menteri

Hmm apa pendapat anda ?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here