Apa salahnya jika kita membantu orang lain mencari rezeki yang halal? Itulah yang dilakukan oleh seorang penyanyi yang dipanggil Man Bai ketika beliau singgah di sebuah R&R Awan Besar, untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.

 

Beliau pada awalnya singgah di R&R tersebut untuk menunaikan solat, seusai solat beliau melihat sekumpulan penyanyi jalanan yang bersungguh-sungguh menyampaikan persembahan untuk mencari rezeki melalui tontonan orang ramai.

Menurut Man Bai atau nama sebenarnya ialah Abdul Rahman Osman, 50, sebagai penyanyi yang sangat mengagumi bakat dan kesungguhan pemuzik-pemuzik muda itu, tanpa perancangan beliau telah membantu mereka menambah rezeki.

man bai
gambar hiasan

“Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya singgah sementara di sebuah R&R Awan Besar, untuk menunaikan solat fardhu dan membeli sedikit sate. Sebaik melihat kumpulan pemuzik yang berada di kawasan itu membuat persembahan, terdetik dihati untuk menyanyi bersama-sama mereka. Walaupun menyanyi, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka menambah rezeki daripada mereka yang menonton persembahan itu, Alhamdulillah.

Sebelum ini juga beliau selalu membuat persembahan dengan pemuzik jalanan dan itu bukanlah untuk kali pertama. Apabila terjumpa mereka (pemuzik) Man Bai akan menawarkan diri untuk bersama-sama membuat persembahan nyanyian.

Man juga berkata, “amat penting bagi sebuah nyanyian yang disampaikan secara spontan kerana ia turut membantu seseorang penyanyi dalam memantapkan lagi bakat dan kemahiran nyanyian masing-masing.

man bai
nyanyian spontan man bai bersama pemuzik jalanan

“Kemahiran untuk meyanyi secara spontan itu amat penting kerana ia dapat menghilangkan rasa takut atau gugup ketika diminta untuk menyanyi pada bila-bila masa. Sebelum ini juga saya pernah melihat penyanyi yang menolak permintaan untuk menyanyikan lagu secara spontan dengan alasan tidak bersedia,” ujar Man Bai.

Menerusi rakaman video dikirimkan kepada BH Online, Abdul Rahman Osman yang berasal dari Johor Bharu itu mendendangkan dua buah lagu yang masing-masingnya pernah dipopularkan oleh kumpulan Flybaits iaitu ‘Kenangan Lalu’ dan lagu popular beliau ‘Kau Ilhamku.’

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here