Hari ini ramai yang mempunyai bakat untuk menyanyi sebagai penghibur kepada orang ramai, namun mereka juga perlu tahu muzik dan apa yang diinginkan oleh pendengar di luar sana. Demi memeriahkan lagi dunia muzik, Ajai, 42, kini sedang melakukan pencarian penyanyi baharu sebagai pelapis.

 

Loading...

Usaha ini dilakukan oleh Ajai bukan kerana beliau kecewa dengan prestasi artis naugan syarikatnya, Wake The Baby, tapi beliau mahu mencari individu yang betul-betul mempunyai bakat dan mereka ini digelar sebagai ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBBNU).

‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBBNU) ini menjadi target beliau dalam memeriahkan lagi industri muzik kerana ramai yang dilihat mempunyai bakat terpendam dan wajar diketengahkan untuk menjadi pelapis indutri muzik.

Menurut Ajai, industri muzik ini tidak boleh dibiarkan dikaburi dengan budak-budak yang tidk mempunyai bakat. Usaha ini dilakukan berjutuan untuk membantu industri bagi melahirkan generasi yang betul-betul boleh menyanyi.

ajai
gambar hiasan

“Saya tidak mahu industri dikaburi dengan budak-budak yang tak berbakat. Apa yang saya buat ini adalah untuk membantu industry bagi melahirkan generasi yang betul-betul boleh menyanyi.

“Saya nak budak-budak baru ini tahu ilmu nyanyian yang betul. Bukan sekadar boleh menyanyi,sebaliknya tahu apa itu muzik dan apa pendengar mahu,” ujar Ajai ketika ditemui BH Online.

Jika melihat industri muzik ketika ini umpama bahan jenaka dengan kemunculan penyanyi ‘mi segera’ yang hanya boleh menyanyi, apa yang diingini oleh Ajai adalah untuk memperbetulkan tanggapan tersebut.

gambar hiasan

Mahu melihat industri tempatan teratur dengan kehadiran lebih ramai penyanyi berkredibiliti dan mempunyai ilmu dalam seni suara, dan langkah ini adalah untuk membantu industri muzik terus berada di puncak.

Ajai juga baru-baru ini telah membuka tawaran di laman instagram selama seminggu, nampaknya tawaran itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan beliau akan meneruskan lagi misi pencarian itu sehingga sebulan.

“Selepas membuat tawaran di instagram, saya akan membuat pemilihan 25 hingga 28 orang remaja yang mempunyai bakat dan mereka juga akan dilatih penyanyi solo dan mewujudkan dua kumpulan lelaki dan wanita,” ujarnya lagi.

       

“Pada ketika ini juga kita sudah kekurangan penyanyi berkumpulan seperti era 1990-an,” katanya.

Beliau dikenali ramai dengan nama Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here