gaji minimum
Sumber foto : Free Malaysia Today

Kerajaan Kurangkan Kadar Potongan Cukai Pendapatan

Pekerja yang bergaji RM3,100 ke atas sahaja akan dikenakan cukai pendapatan mulai tahun 2018 apabila kerajaan mengambil langkah mengurangkan 2% kadar potongan cukai bulanan ke atas pekerja.

cukai pendapatan
Ini mungkin adalah satu khabar gembira buat golongan yang berpendapatan RM 3,100 ke bawah. Sumber foto : The Star Online

Ini bermakna cukai pendapatan kini turun daripada 5% kepada 3%.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz berkata, langkah mengurangkan dua peratus daripada lima peratus cukai yang dikenakan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

“Sebelum tahun 2017, mereka yang dikehendaki membayar potongan cukai bulanan adalah golongan yang mempunyai pendapatan bermula dari RM 2,851. Apabila cukai tersebut dikurangkan sebanyak 2%, bermakna hanya golongan yang berpendapatan RM 3,100 keatas sahaja yang perlu membayarnya”, ujar beliau.

cukai pendapatan
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz

“Maksudnya sekarang, bawah RM3,100 tak perlu bayar cukai, jadi dengan pengurangan daripada lima peratus kepada tiga peratus ini ia akan meringankan lebih bebanan rakyat,” katanya didalam sesi perbahasan Kementerian Kewangan baru-baru ini.

Dalam pada itu, statistik menunjukkan jumlah pembayar cukai pendapatan individu di Malaysia buat masa ini masih kecil dengan hanya 2.27 juta orang sahaja yang membayar cukai.

Untuk makluman data setakat tahun 2016, jumlah tenaga buruh atau pun pekerja yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah sebanyak 14.6 juta. Daripada jumlah ini, yang membayar cukai hanyalah 2.27 juta orang sahaja.

cukai pendapatan
Golongan yang membayar cukai sangatlah sedikit, mungkin kerana keadaan ekonomi yang agak merudum.

Tambahan pula, jumlah syarikat yang membayar cukai juga kecil. Daripada 1.2 juta syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hanya 168,244 syarikat membayar cukai.

Diharapkan agar pihak kerajaan terus mendalami kesusahan hidup rakyat dan mengurangkan lagi bebanan cukai terhadap rakyat pada masa akan datang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda diiklankan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysia Gazette

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here