Sumber foto : The Lowdown

Melihat kembali Nokia 3310 atau lebih dikenali sebagai 3310 sen di pasaran pastinya menggamit kembali nostalgia tentang telefon bimbit legend ini.

Bagi yang lahir pada zaman 1990-an, sebahagian besar daripada kita membesar dengan telefon ini. Sep sikit ! Sebelum era smartphone tiba, setiap rumah pasti  ada satu telefon 3310 sen yang digunakan untuk berkomunikasi.

Model 3310 yang lama.

Setelah bertahun-tahun telefon disinonimkan dengan touchscreen serta aplikasi canggih, Nokia kembali menghasilkan model 3310 tetapi dengan sedikit transformasi. Boleh dikatakan model ini buat comeback lah. Ya, game Snake masih ada dalam model terbaru ini.

Game Snake dalam model lama turut dikekalkan dalam model baru ini.

Bagi anda yang berminat untuk menyimpan satu telefon spare ataupun menghadiahkan satu telefon kepada orang tua anda, model 3310 ini pastinya menjadi pilihan anda.

Ini adalah ciri-ciri Nokia 3310 yang terbaru di pasaran:


1. Nokia memang terkenal dengan telefon yang kebal dan tahan lama, dan model ini membuktikannya. Apabila terjatuh,telefon ini tidak meninggalkan sebarang kesan calar

2. Telefon ini mempunyai berat 79.6 g dan dimesinya adalah 115.6 x 52 x 12.8mm. Skrin 2.4 inci yang berbentuk melengkung juga memudahkan pembacaan dalam keadaan cahaya sekeliling yang terang.

3. 3310 ini hadir dengan Micro SIM. Dual SIM juga membolehkan anda membuat panggilan dan mesej menggunakan 2 SIM kad yang berbeza.

4. Anda boleh mengakses internet sekiranya telefon ini dipasang SIM kad. Kandungan internet boleh dilayari menggunakan browser Opera Mini. Ini bermakna anda boleh bermain Facebook dan Twitter menggunakan 3310 sen yang sudah di transformasikan ini.

5. Meskipun begitu, kamera telefon ini adalah 2 MP shaja dan sangat jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan telefon-telefon lain di luar sana.

6. Anda tidak perlu runsing lagi untuk mengecaj bateri anda dengan telefon ini. Bateri telefon ini boleh bertahan sehingga sebulan. Mungkin sangat sesuai dibawa ketika travel ?


 

Spesifikasi-spesifikasi lain:

– Sistem : Dual band 900/1800 MHz.

– Platform perisian : Nokia Series 30+

– Lampu suluh LED

– Slot kad MicroSD yang boleh menyokong sehingga 32 GB.

– Pemain MP3 yang boleh memainkan muzik selama 51 jam.

– Pemain Radio FM.

– Sambungan : micro USB, 3,5 mm penghubung AV, Bluetooth 3.0 dengan SLAM.


PROS : 

Bateri tahan lama

Badan yang keras serta tidak mudah calar

Mempunyai 2 slot SIM kad

 

CONS :

Kamera hanya 2MP

Tidak sesuai untuk menonton video seperti YouTube dan sebagainya.

Papan kekunci bukan touchscreen


Harga di pasaran : Rm 200-240

Sejujurnya pada pendapat kami, telefon ini bukanlah telefon yang praktikal untuk digunakan sekiranya anda menggunakan telefon dengan kerap untuk tujuan kerja. Tetapi,sangat sesuai digunakan untuk tujuan membuat panggilan dan SMS.

Teruskan follow #DeenamikSmartphones di laman Facebook kami untuk dapatkan review-review telefon pintar terbaru terus ke skrin anda.

 

Facebook Comments

Loading...

2 COMMENTS

Comments are closed.