Media sosial sudah menjadi satu platform yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Lihat sahajalah Instagram sebagai contoh. Instagram kini bukanlah sekadar tempat untuk kita post gambar semata-mata, malah mempunyai banyak lagi fungsi selain daripada itu.

Ada di antara kita yang menggunakannya untuk tujuan mempromosi bisnes, berhubung dengan kenalan baru dan sebagainya. Apa-apapun, Instagram pastinya akan jadi lebih menarik sekiranya gambar anda mendapat banyak likes dan akaun anda mempunyai followers yang ramai.

Loading...

Di sini kami kongsikan 5 tips untuk anda menambahkan jumlah likes dan followers anda di Instagram;

1.Gunakan Banyak Hashtag #

Instagram

Gunakan hashtag yang kreatif dengan kerap. Semakin popular hashtag, semakin tinggi peluang gambar anda untuk muncul di ‘top posts’ dalam carian hashtag.

Walaupun begitu, amat penting juga untuk anda meletakkan hashtag yang relevan dengan post anda itu. Untuk tujuan bisnes misalnya, gunakan hashtag yang melambangkan brand dan identiti produk anda.

BACA JUGA :   Notifikasi Screenshot Stories Instagram – Para Stalker Suka Atau Tidak?

Dengan menggunakan hashtag, akaun anda akan lebih dikenali orang ramai dan akan menambahkan likes serta followers.

BACA : Nokia Buat Comeback Dengan Transformasi Model 3310 Terbaru

 

2.Post Gambar Secara Konsisten

Instagram

Harus diingat, tiada siapa yang akan berminat untuk follow anda sekiranya anda hanya post satu gambar dalam tempoh sebulan.

Maka, post lah gambar dengan kerap. Kekerapan itu terpulang kepada anda untuk memilihnya. Mungkin satu atau dua post setiap hari sudah memadai.

3.Tulis Caption Yang Menarik

Instagram

Apalah erti gambar yang menarik jika tidak disertakan dengan caption yang padu.

Justeru. anda haruslah kreatif dalam meletakkan caption yang menarik orang ramai untuk like dan follow anda.

Sebagai contoh, anda boleh gunakan kata-kata hikmah, emoji dan sebagainya. Lebih menarik sekiranya anda letakkan ayat-ayat yang memberi inspirasi.

4.Jangan Berkira Untuk Follow Pengguna Lain

Instagram

Untuk dapatkan ramai followers, anda harus terlebih dahulu follow ramai pengguna lain.

BACA JUGA :   Kemas Kini Terbaru Instagram Buat Penggemar Aplikasi Ini!

Namun selepas itu, kemaskini status following anda dan pastikan anda hanya follow akaun yang aktif dan pengguna yang follow anda sahaja.

Kalau boleh, pastikan juga jumlah following anda tidak melebihi jumlah followers.

5.Jadi Diri Sendiri Di Instagram

Memang banyak cara yang anda boleh gunakan, tetapi yang paling penting adalah jadi diri sendiri.

Akaun anda melambangkan personaliti diri anda, jadi jangan takut untuk serlahkan imej yang anda ingin dikenali di mata masyarakat.

Jika pengguna lain merasa tertarik dengan akaun anda, mereka akan dengan sukarelanya mengikuti dan like gambar anda tanpa berfikir dua kali. Boleh dipanggil followers sejati lah ni.

Instagram

Instagram pastinya lebih seronok dengan lebih likes dan followers. Jadi, manfaatkanlah Instagram dengan sebaiknya.

 


Jom Layari Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku-buku Best-Seller Pilihan Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here