Tiada apa yang lebih melecehkan daripada mempunyai telefon pintar yang perlu dicaj dengan kerap. Bila bukak sahaja mobile data, battery turun macam air.  Paling geram, bila battery low dan mati apabila call penting masuk. Nak angkut powerbank yang besar gedabak tu kehulu kehilir pun kadangkala menyusahkan. Lagi sakit, bila bateri anda ‘kong’.

Bateri
Sumber foto : Monaliza

Kini anda tak perlu risau lagi, sebuah syarikat batttery terkemuka iaitu Cadex dan laman sesawang Battery University telah menyenaraikan beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memanjangkan jangka hayat bateri telefon anda dan elakkannya daripada menjadi kong. Kunci yang paling utama adalah terletak pada cara anda mengecaj telefon anda itu.

Loading...

Baiklah, tanpa celoteh panjang, Team Deenamik ingin kongsikan 3 tips mengecaj telefon supaya battery anda tahan lebih lama.

1.Jangan Caj Telefon Sehingga 100 %

Bateri

Jika anda selalu biarkan fon anda dicaj semalaman sewaktu anda tidur, anda harus berhenti melakukannya. Menurut Battery University, tabiat mengecaj fon sebegitu akan lama kelamaan merosakkan bateri telefon anda. Ini kerana mengecaj fon secara berterusan meskipun battery sudah 100 %  akan membuatkannya menjadi tegang lalu menjejaskan bahan kimia di dalamnya.

BACA JUGA :   Google Maps Semakin Hebat, Rugi Jika Kita Tidak Mengetahuinya
Bateri
Sumber foto : Exist.io

Hakikatnya, bateri telefon anda ( Li-ion ) ini sebenarnya tidak perlu dicaj sepenuhnya pun. Malah, bateri yang dicaj kerap kali tetapi tidak penuh adalah lebih baik. Namun, jika anda caj sehingga 100 %, pastikan selepas itu anda tanggalkan bateri daripada telefon anda buat seketika bagi merehatkannya.

Bateri

Konsepnya sama seperti otot badan selepas melakukan senaman berat. Sudah pasti otot anda perlukan rehat buat sementara. Begitu juga dengan battery fon anda.

2.Jangan Tunggu Bateri Mati Baru Nak Caj

Bateri

Daripada anda tunggu bateri fon anda mati sebelum dicaj, sebaiknya anda amalkan tabiat mengecaj telefon beberapa kali sehari. Maksudnya, anda digalakkan caj telefon anda ketika tidak digunakan walaupun battery anda baru berkurang 10 % sahaja. Menurut Battery Universiti, langkah ini bukan sahaja menjadikan bateri telefon pintar anda berfungsi secara optimum untuk lebih lama, tetapi ia juga mengekalkannya sepanjang hari.

BACA JUGA :   5 Punca Telefon Anda Cepat Habis Bateri (Tanpa Disedari)

Bateri

Justeru, caj lah telefon anda jika anda berpeluang mengecajnya dan pada waktu itu anda tidak menggunakanya untuk tujuan penting. Tidak perlu tunggu fon dah mati kemudian baru nak caj.

3.Elakkan Bateri Menjadi Panas

Sekiranya anda rasa fon anda menjadi panas apabila dicaj, sebaiknya tanggalkan casing fon dengan segera. Battery sebenarnya sangat sensitif terhadap haba. Jadi itu lah sebab mengapa anda digalakkan untuk menanggalkan casing fon apabila sedang dicaj.

Bateri

Di samping itu, ketika anda sedang berada di luar dah cuaca sangat panas, lindungilah fon anda. Jangan biarkan ia terdedah kepada kepanasan ataupun bahang cahaya matahari.

Diharapkan tips ini dapat membantu anda. Teruskan layari Deenamik.com dan juga FB page Deenamik untuk terus dapatkan pelbagai tips-tips terkini dalam kehidupan seharian.

Daulah.com

Sumber :

Female Network

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here