It Masih Belum Tamat

Berita baik buat semua peminat filem It, bersiap sedialah untuk dihantui si badut ngeri Pennywise yang akan kembali menghantui anda dalam sekuel filem It : Chapter 2 yang akan datang.

New Line Cinema dan Warner Bros telah mengumumkan bahawa sekuel blockkbuster seram It : Chapter 2 itu akan ditayangkan di pawagam, termasuk IMAX pada 6 September 2019.

Sejak ditayangkan pada awal bulan ini, filem yang diadaptasi daripada buku karya Stephen King itu telah banyak memecah banyak rekod. It telah mendominasi carta box office di Amerika dan juga luar negara dengan jumlah kutipan sebanyak $ 700 juta.

BACA : Jom Tonton Trailer ‘The Current War’, Filem Yang Mengangkat Sejarah Perang Elektrik AC vs DC

Di dalam siri pertama It, dengan mengambil latar tahun 1989, ceritanya lebih berkisarkan kepada sekumpulan kanak-kanak menentang kejahatan seorang Badut Penari bernama Pennywise yang muncul di kota itu pada setiap 27 tahun.

It

Menurut buku asal, sekuel yang akan datang ini akan memaparkan sekumpulan kanak-kanak tersebut sudah meningkat dewasa dan bersatu kembali bagi menghapuskan Pennywise.

It
Barisan pelakon kanak-kanak dalam file It siri pertama. Sumber foto : Gizmodo

Selain itu, sekuel ini juga mengambil latar masa zaman sekarang.  Justeru, banyak teknik flashback akan digunakan bagi mengimbau kembali tragedi yang telah berlaku pada masa lalu. Di samping itu, babak-babak melibatkan peristiwa yang tidak dijelaskan dalam siri pertama akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam sekuel ini.

Dari sudut pelakon yang akan membintangi sekuel ini, pengarah Andy Muschietti dan penerbit masih belum memutuskan pelakon manakah yang akan menjadi versi dewasa bagi kesemua kanak-kanak itu.

It

Tetapi, semua peminat pastinya mengharapkan Bill Skarsgård yang membawa watak Pennywise dalam siri pertama akan terus diberi kepercayaan untuk menggalas tugas itu.

Bill Skarsgård yang memegang watak sebagai Pennywise

Tekanan pastinya tertumpu kepada Andy Muschietti untuk memastika sekuel itu meraih kejayaan seperti diri pertama ini.

Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada semua kumpulan produksi It kerana telah memecahkan rekod dengan menjadi filem seram paling top sepanjang masa.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Gizmodo
Hollywood Reporter
Refinery29

 

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here