Abang Long Fadil 2 Power !!

Filem aksi tahun 2017 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions iaitu Abang Long Fadil 2 (ALF2) telah mencatat sejarah terbaru dalam dunia perfileman Malaysia apabila berjaya meraih kutipan RM17.9 juta dalam tempoh 39 hari dan sekaligus menjadi filem box-office tempatan nombor satu paling laris di Malaysia masa kini.

Abang Long Fadil 2

Sebelum ini, filem dengan rekod kutipan tiket paling tinggi pernah dipegang oleh filem ‘Polis Evo’ dengan kutipan RM17.8 juta pada tahun 2015 serta filem ‘The Journey’ dengan kutipan RM17.28 juta pada tahun 2014. Kedua-dua filem ini juga merupakan filem terbitan Astro Shaw.

Polis Evo
The Journey

Menariknya, filem ini telah ditayangkan sejak 24 Ogos yang lalu dan ianya masih ditayangkan di 77 pawagam tanah air sehingga ke hari ini. Ini membuktikan bahawa industri filem tempatan masih hidup dan mampu memikat hati para penonton.

Filem Abang Long Fadil 2 yang diarahkan oleh Syafiq Yusof ini membariskan pelakon hebat tanah air seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato’ AC Mizal, Wak Doyok, Achey (Bocey), Shuib (Sepahtu), Tania Hudson, A Galak, Mas Khan dan ramai lagi.

Abang Long Fadil 2
Sumber foto : Kedah News

Abang Long Fadil 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh.

BACA : Tarikh Tayangan Sekuel It : Chapter 2 Akhirnya Diumumkan

 

Meskipun sebelum ini rakaman filem ALF 2 dibocorkan di Facebook, namun rakyat Malaysia tetap mengunjungi pawagam dan memberikan sokongan penuh kepada filem tersebut.

Abang Long Fadil 2

Justeru, kegiatan menyebarkan rakaman sesebuah filem ke media sosial adalah pembunuh kepada industri perfileman di Malaysia. Kegiatan ini harus dibendung dan diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Insiden seperti itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini Astro Shaw pernah melaporkan perkara sama apabila filem terbitan mereka, Kau Yang Satu, juga dimuat naik secara langsung menerusi FB Live ketika tayangannya oleh individu tidak bertanggungjawab.

Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada barisan produksi Abang Long Fadil 2 dan diharapkan semoga terus sukses di masa hadapan. Terima kasih juga kepada rakyat tempatan kerana sanggup turun ke pawagam bagi menyokong industri perfileman tanah air.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan berita hiburan terkini dari dalam dan luar negara.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Malaysian Digest
Berita Harian

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here