Eksplorasi ke Marikh

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penjelajahan ke Marikh sudah menjadi satu topik yang hangat diperdebatkan.

NASA, dilaporkan akan menghantar angkasawan mereka ke Marikh dalam tempoh 15-20 tahun akan datang. China juga mengumumkan bahawa negara itu akan mula menghantar orang-orang mereka ke sana bermula tahun 2020 hingga 2030 manakala Russia juga sedang merancang untuk menjejakkan kaki ke planet Marikh.

Marikh
Sumber foto : National Geographic Channel

Ada juga ura-ura yang menjangkakan bahawa penduduk Bumi harus berpindah ke Marikh pada masa akan datang kerana Bumi tidak lagi sesuai untuk didiami.

Marikh
Planet Marikh

Namun, satu kajian mengenai kesan radiasi baru-baru ini mendapati bahawa eksplorasi ke Marikh mungkin akan mendatangkan kesan yang sangat buruk terhadap manusia.

Faktor yang paling berbahaya adalah sinaran kosmik.

BACA : Kanak-kanak Wanita Ini Alami Kecacatan Kekal Pada Tangan Gara-gara Memakai ‘Henna Hitam’

 

Apa Itu Sinaran Kosmik

Sinaran kosmik adalah zarah atom dan subatom berkuasa tinggi yang terhasil daripada letupan bintang-bintang, lubang hitam dan sumber kuasa lain di angkasa lepas. Sinaran ini boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk.

Sumber foto : NPR

Antaranya adalah menjejaskan DNA, meningkatkan risiko kanser, membawa kepada kecacatan penglihatan, menyebabkan kerosakan sistem saraf, merosakkan sistem peredaran darah dan bermacam-macam lagi.

Para saintis dan pengkaji sedar bahawa angkasawan lebih terdedah kepada radiasi berbanding penduduk biasa di Bumi. Ini kerana atmosfera Bumi sebenarnya banyak menyerap tenaga-tenaga yang berbahaya.

Ilustrasi sinaran kosmik terpancar kepada Bumi. Sumber foto : NASA

Medan magnet bumi juga mengalihkan dan memesongkan banyak sinaran radiasi dari angkasa. Fenomena inilah yang membantu melindungi angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) – yang mengorbit sejauh 250 batu di atas planet Bumi.

Walaubagaimanapun, perjalanan ke Marikh sangat terdedah kepada radiasi dari sinaran kosmik. Tambahan pula, planet tersebut sudah kehilangan medan magnetnya berbilion tahun lalu. Justeru, ini akan mendedahkan penjelajah Marikh kepada banyak lagi kesan radiasi tambahan.

Markih
Sumber foto : NASA

Seorang saintis kesihatan, Frank Cucinotta dan rakannya Eliedonna Cacao di University of Nevada Las Vegas mengkaji masalah ini dengan menguji semula empat kajian sebelumnya tentang kesan tumor. Mereka menggunakan tikus sebagai model uji kaji.

Di samping mencari kesan langsung sinaran kosmik terhadap sel yang berkembang menjadi kanser, para penyelidik juga meneliti apakah kesan-kesan sampingan sinaran tersebut terhadap tubuh badan. Hasil kajian mendapati risiko untuk mendapat kanser di angkasa lepas (bagi tikus yang diuji ) adalah dua kali lebih tinggi daripada anggaran sebelumnya.

 

Pengembaraan Ke Angkasa Lepas Lebih Berbahaya Dari Yang Dijangkakan

Para saintis menyimpulkan bahawa risiko kanser yang bertambah tinggi ini berpunca daripada kerosakan pada DNA yang merebak ke seluruh badan.

Apabila sesebuah sel terkena sinaran kosmik, sel-sel yang lain juga akan turut berubah. Ini kerana sel itu akan menghantar isyarat kimia kepada sel-sel lain yang mungkin menyebabkan sel-sel berdekatan yang sihat berubah menjadi kanser.

Namun, kesan radiasi daripada sinaran ini dapat dihalang melalu perlindungan radiasi. Justeru, ini tidaklah bermakna penerokaan ke Marikh harus dihentikan sama sekali.

Beberapa agensi angkasa lepas dan syarikat-syarikat swasta sedang berusaha keras untuk mengurangkan kesan radiasi angkasa lepas. Sebuah syarikat dari Israel sedang membangunkan vest badan yang direka untuk menyerap radiasi sepenuhnya.

Selain itu, seorang saintis NASA baru-baru ini membentangkan ideanya untuk menggunakan satelit yang berfungsi sebagai perisai magnet tiruan bagi mengalihkan radiasi berbahaya di sekitar Marikh.

Prototaip suit yang melindungi dari radiasi. Sumber foto : Amir Cohen/Reuters

Tuntasnya, para saintis menegaskan bahawa penjelajah ke angkasa lepas pada masa hadapan dan agensi masing-masing harus berhati-hati. Banyak kajian perlu dijalankan sebelum misi penerokaan angkasa lepas di luar sfera geomagnetik bumi dilancarkan.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menjual Buku-buku Best-Seller Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Business Insider US

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here