Realiti Hidup Angkasawan Di Angkasa Lepas

Kehidupan para angkasawan di angkasa lepas sememangnya unik dan tidak sama seperti di bumi. Ramai di antara kita yang teruja untuk mengetahu bagaimanakan rasanya tinggal di angkasa lepas.

Sehubungan dengan itu, seorang angkasawan British, Tim Peake berkongsi pengalaman beliau tinggal selama 6 bulan di International Space Station (ISS).

angkasawan
Tim Peake. Sumber foto : NY Post
Loading...

Berikut merupakan soalan-soalan yang paling kerap ditanya kepada beliau.

1.Bagaimanakah angkasawan ‘membuang air’ di angkasa lepas ?

Kami akan membuang air kecil ke dalam hos yang mempunyai bekas berbentuk kon dan dilengkapi suis.

Untuk air besar pula, ada mangkuk tandas sebagai bahan buangan sisa pepejal. Bekas itu dilampirkan dengan beg getah yang mempunyai pembukaan elastik.

angkasawan
Tandas di angkasa lepas.
2.Macam mana cara angkasawan tidur di atas sana ?

Selalunya kami akan klipkan beg tidur kami kepada cangkuk di dinding dan biarkan diri tidur sambil terapung.

Memang akan ada risiko untuk terhantuk dinding ketika dan berlaga dengan angkasawan lain ketika tidur.

BACA JUGA :   Puas Dengan Pelancongan Darat, Cuba Pakej Pelancongan Rusia Ni
angkasawan
Sumber foto : Business Insider
3.Bagaimana ISS mendapatkan bekalan air dan oksigen ?

Dianggarkan 70-80% air di ISS dihasilkan melalui kitar semula. Selain daripada air kencing, kami juga minum peluh dan wap nafas yang dikitar semula.

Terdapat juga beberapa tangki yang mengandungi oksigen dan nitrogen.

angkasawan
Angkasawan minum semula urin yang sudah dikitar semula sebagai sumber air. Sumber foto : NASA
4.Adakah angkasa mempunyai bau ?

Sudah semestinya, tetapi agak sukar untuk menghidu menggunakan hidung kerana keadaan di sana seperti elektrik statik.

BACA : Saintis Dapati Penerokaan Ke Marikh Bakal Bawa Maut Kepada Manusia

 

5.Apakah kejutan yang paling besar buat anda apabila tiba di angkasa lepas ?

Bagi saya, kejutan paling besar adalah melihat betapa hitamnya angkasa ketika waktu siang.

Walaupun warnanya adalah sangat hitam sehitam hitamnya, tetapi sebenarnya ia kelihatan sangat indah.

6.Pengalaman paling menakjubkan di ISS ?

Menjejakkan kaki ke ruang vakum.  Pada masa itu, kami akan memasuki persekitaran di mana suhu boleh berubah dari 200 hingga -200 darjah Celcius di antara sinar matahari dan teduh, di mana malam berubah menjadi siang hanya dalam 45 minit dan di mana anda boleh dilanggar mikrometeorit.

BACA JUGA :   Kapal NASA Rakam Visual Planet Jupiter Yang Kelihatan Seperti Lukisan Air
International Space Station (ISS)
7.Perkara paling teruk tentang kehidupan di angkasa ?

Di angkasa, kami jarang menggunakan tapak kaki di ISS dan itu menyebabkan tapak kaki menjadi sangat lembut seperti kaki bayi.

Yang teruknya, semua kulit yang mati mula menjadi keras.

angkasawan
Sumber foto : NASA

Wahh, ternyata pengalaman tinggal di angkasa lepas memang sangat lain daripada yang lain. Dengar kata, ada syarikat berpangkalan di Amerika yang menawarkan pakej pelancongan ke angkasa lepas. Bagaimana, berminat ke ?

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

NY Post

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here