Sumber foto : Days of the Year

Soad Al Kholy, Timbalan Gabenor Wilayah Alexandria, Republik Arab Mesir, telah ditahan oleh Administrative Control Authority (ACA) pada pagi Ahad 27 Ogos atas dakwaan menerima rasuah daripada 5 ahli perniagaan.

Soad ditangkap bersama ahli perniagaan tersebut yang juga dalam proses dakwaan atas rasuah berjumlah melebihi sejuta pound Mesir (RM 250,000.00). Mereka ditahan di ibupejabat Kerajaan Wilayah Alexandria.

Soad Al Kholy
Soad Al Kholy- Timbalan Gabenor Alexandria didakwa menerima rasuah dalam bentuk artifak emas berjumlah-melebihi sejuta pound Mesir. Sumber foto : Egypt Independent

5 ahli perniagaan yang terlibat dikatakan memberi rasuah kepada Soad dalam bentuk artifak emas bagi menangguhkan arahan perobohan fasiliti, juga atas pengendalian perusahaan secara haram di tanah milik kerajaan. Jika arahan tersebut diwartakan, syarikat mereka akan dikecualikan daripada membayar saman yang berjumlah 10 juta pound Mesir (RM2.5 juta), atas aktiviti pembinaan secara haram.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Termurah Hanya Di Daulah Online Bookstore!

BACA JUGA :   Impian Sambung Pengajian Di Universiti Terkemuka Mesir, Rusia, Turki, India, Indonesia, Poland, Bangladesh Kini Jadi Kenyataan Dengan Daulah Educonsult

 

Perintah penahanan dikeluarkan setelah Ketua Pendakwa Raya Mesir, Nabil Sadek menerima makluman hasil siasatan agensi kerajaan yang terlibat.

Alexandria merupakan wilayah Mesir yang masyhur sebagai tapak bersejarah Perpustakaan Diraja Alexandria yang kini menempatkan Bibliotheca Alexandria.

Pergolakan dalaman Mesir sentiasa dibelenggu kes rasuah dalam kalangan pegawainya. Hisham Geneina, mantan Ketua Audit Negara bagi Kerajaan Mesir telah menjadi ikon nasional apabila beliau ditangkap setelah melaporkan bahawa jumlah ketirisan & rasuah antara 2012-2015 berjumlah sekitar 600 bilion pound Mesir (RM150 bilion). Hisham kini dalam proses rayuan atas penangkapan tersebut.

Mesir negara ke 2 tertinggi rasuah
Menurut laporan Transparency International (2016), Mesir adalah negara ke-2 tertinggi rasuah bagi rantau negara Timur Tengah dan Utara Afrika. Sumber foto : Transparency International

Peristiwa Revolusi Tahrir dan diikuti pula dengan Tragedi Rabaah, telah melumpuhkan perkembangan ekonomi Mesir, seraya meningkatkan kebergantungan Mesir kepada bantuan kewangan dari negara luar, sambil menyaksikan kadar inflasi meningkat dengan mendadak.

BACA JUGA :   Tawaran Kemasukan Sesi 2020 Ke Universiti Di Timur Tengah Kini Dibuka

Beberapa protes bagi membantah kenaikan harga barangan dan menggesa kenaikan gaji penjawat awam dipantau ketat pihak berkuasa. Ramai penjawat awam Mesir hanya mempunyai gaji sebanyak EGP 1,200.00 sebulan (RM300,00) – kadar gaji minimum kerajaan.

Presiden Abdul Fattah al-Sisi
Presiden Abdul Fattah al-Sisi telah berikrar untuk memerangi rasuah pada April 2017. Sumber foto : Republicca

Pada Julai 2015, Presiden Republik Arab Mesir, Abdul Fattah al-Sisi telah mengeluarkan dekri yang membolehkan presiden memecat mana-mana pegawai agensi pengawasan dan audit. Menurut  Egyptian Initiative for Personal Rights (EIPR), tindakan ini adalah bagi memastikan agensi-agensi ini bertindak selari dengan hasrat kerajaan pusat.

 


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Termurah Hanya Di Daulah Online Bookstore!


 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here