LG Terapkan Idea Gila Dalam Model K7i Terbaru

Ketika syarikat-syarikat telefon bimbit yang lain sedang berlumba-lumba mencipta perisian yang canggih kepada pengguna, LG tampil dengan idea berbeza. Jenama tersebut memperkenalkan model telefon terbaru mereka yang dilengkapi dengan alat penghalau nyamuk. Model yang diberi nama K7i itu menggunakan teknologi gelombang bunyi ultrasonik untuk menghalau nyamuk.

LG

Loading...

Alat penghalau nyamuk itu terletak pada bahagian belakang telefon pintar. Ini bermakna, telefon tersebut boleh didirikan dan berfungsi sama seperti alat-alat penghalau serangga yang sering digunakan di rumah. Jika dilihat, ini bukanlah sesuatu yang perkara mengejutkan kerana teknologi ini sudahpun diaplikasikan dalam peralatan-peralatan rumah yang lain keluaran LG seperti TV dan air cond.

LG

Apabila telefon tersebut digunakan, gelombang bunyi yang dipancarkan akan memastikan serangga lari bertempiaran terutamanya nyamuk. Walaubagaimanapun, para pengguna tidak perlu risau kerana gelombang tersebut tidak akan mendatangkan sebarang kesan bahaya kepada kesihatan manusia.

BACA : Nokia Buat Comeback Dengan Transformasi Model 3310 Terbaru

 

Bagi memudahkan pengguna, alat penghalau nyamuk pada model telefon ini boleh dicabut dan ditanggalkan sekiranya anda tidak mahu menggunakannya.

LG
Alat tersebut boleh dipasang dan ditanggalkan.

Dari segi spesifikasi telefon, model K7i ini boleh dikatakan hampir sama dengan model K8 yang dikeluarkan tahun lepas. Ia hadir dengan skrin paparan 5 inci dengan resolusi 854 x 480 pixel.

Di dalamnya pula adalah 1.1 GHz quad-core processor dengan 2GB RAM dan 16GB storan dalaman yang menyokong microSD card. Tambahan pula, model ini hadir dengan dual SIM yang membolehkan pengguna menggunakan dua simkad dalam masa serentak.

LG

Selain menggunakan sistem Android 6.0 Marshmallow, model K7i ini mempunyai 8-megapixel bagi kamera belakang dan 5-megapixel kamera depan. Turut diberikan adalah satu stand untuk memudahkan pengguna mendirikan telefon bagi menghalau nyamuk.

Daripada pandangan Team Deenamik, sebenarnya sudah banyak aplikasi penghalau nyamuk dalam smartphone ini sejak era Symbian OS lagi. Namun, ini adalah kali pertama sesebuah smartphone menggunakannya dalam bentuk hardware.

LG

Bagaimana ? Ada yang berminat ke ?

Teruskan layari laman Deenamik.com dan FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review gajet terkini. Bye, kita jumpa lagi pada masa yang akan datang okayy !


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Tech Radar

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here