Malaysia Beri Cabaran Sengit Buat Lubnan

Walaupun tewas kepada gol lewat yang dijaringkan Lubnan, namun skuad Harimau Malaya ternyata menunjukkan aksi yang yang cukup positif di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe pada perlawanan malam semalam.

 

Loading...

Cheng Hoe sebelum ini menerima banyak kritikan setelah pasukan negara hanya sekadar seri 2-2 menentang Mongolia beberapa hari yang lalu. Ditambah dengan kepulangan 14 pemain JDT daripada kem latihan, jurulatih itu terpaksa menurunkan pemain-pemain yang boleh disifatkan sebagai ‘skuad kedua’ pada perlawanan menentang Lubnan.

malaysia vs lubnan
Sumber foto : FAM

Namun, siapa menyangka bahawa kesebelasan yang diturunkan Cheng Hoe ternyata berjaya mempamerkan aksi mantap yang rata-ratanya dipuji para peminat meskipun tewas tipis 2-1.

Lubnan berada di hadapan pada separuh masa pertama apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Hassan Matouk. Kedudukan kekal 1-0 hinggalah Syafiq Ahmad menanduk masuk bola daripada sepakan penjuru yang diambil oleh Nazmi Faiz pada minit ke-72. Walaubagaimanapun, Hilal El-Helwe berjaya menjaringkan gol di masa-masa kecederaan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan dari Asia Barat itu.

BACA JUGA :   Ini Mungkin Sebab Mengapa Nelo Vingada Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Harimau Malaya
malaysia vs lubnan
Sumber foto : FAM

Malaysia hampir-hampir menyamakan kedudukan di separuh masa pertama namun tidak berjaya apabila tendangan Akhyar Rashid sedikit sahaja melepasi palang dan hantaran lintang Matthew Davies juga dinafikan palang gol.

Skuad Harimau Malaya memberikan tekanan kepada Lubnan dan banyak menghasilan gerakan-gerakan berbahaya yang seringkali mengancam barisan pertahanan Lubnan. Sejujurnya, tidak ramai pihak yang menyangka skuad negara mampu beraksi dengan baik setelah ketiadaan ramai pemain tonggak daripada JDT.

malaysia vs lubnan
Sumber foto : FAM

Mujurlah, 2 pemain daripada JDT iaitu Nazmi Faiz dan Syafiq Ahmad memutuskan untuk kembali ke skuad kebangsaan. Gandingan 2 pemain tersebut berjaya menghasilkan gol tunggal buat skuad negara malam semalam.

Justeru, Tan Cheng Hoe menjelaskan itu adalah kali pertama para pemain beraksi bersama setelah beberapa hari menjalani latihan. Kredit harus diberikan kepada mereka kerana bermain dengan cukup baik.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa Tan Cheng Hoe Utamakan Pemain 'Naturalisasi' Untuk Wakili Skuad Kebangsaan
malaysia vs lubnan
Barisan penyokong Malaysia yang hadir memberikan sokongan di Lubnan. Sumber foto : FAM

“Kami tahu Lubnan adalah pasukan yang lebih mantap namun para pemain kita sudah memberikan persembahan yang terbaik. Saya berharap perlawanan ini akan menjadi pengajaran buat para pemain supaya kekal fokus 90 minit”, ujar Cheng Hoe.

Malaysia akan menentang Bhutan pada perlawanan seterusnya di Stadium Bukit Jalil pada 1 April nanti.

Diharapkan pemain-pemain muda skuad negara akan dapat menyinar di bawah bimbingan Cheng Hoe dan menjadi tonggak penting di masa hadapan.

Sumber : FourFourTwo

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dunia sukan dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here