Selepas kali terakhir mara ke final Piala AFF Suzuki pada 2014, kali ini Malaysia sekali berjaya mara ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki dengan menewaskan Thailand pada minggu lepas.

Kali ni, lawan Malaysia di peringkat final bukan calang-calang iaitu pasukan Vietnam. Kalau ikut rekod, Vietnam ni merupakan pasukan no. 1 di Asia tenggara dengan ranking FiFA di tempat ke-100 berbanding Malaysia di tangga ke 167.

Skuad Harimau Malaya agak cemerlang tahun ni apabila berjaya mara ke final Piala AFF Suzuki 2018. (Sumber gambar: FAM)

Oh ya! Vietnam juga dah berjaya menewaskan Malaysia di perlawanan peringkat kumpulan dengan skor 2-0. Bertemu sekali lagi di final, pasukan Vietnam mesti takkan bagi peluang kat Malaysia untuk menggenggam Piala AFF selepas kali terakhir pada 2010.

Final pertama akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, antara stadium yang terbesar di dunia pada 11 Disember dan seterusnya akan pada 15 Disember di Mỹ Đình National Stadium.

Tapi dalam artikel ini, bukanlah nak membincangkan tentang strategi apa yang akan digunakan oleh Harimau Malaya untuk menewaskan Vietnam tetapi cerita-cerita lain yang mengiringi Malaysia ke final.

#1. Tiket Habis Awal

Sejak FAM mengumumkan tarikh bagi jualan tikel final Piala AFF Suzuki ni, ramai yang sudah bersemangat untuk sama-sama menyokong Harimau Malaya di Bukit Jalil nanti. Untuk final pertama, sebanyak 80,000 tiket telah disediakan FAM.

Ada penyokong yang sanggup bermalam di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil semata-mata untuk membeli tiket perlawanan final AFF Suzuki 2018. (Sumber gambar: Berita Harian)

Tapi nampaknya, angan-angan untuk bersorak di stadium nampaknya tidak kesampaian bagi sebahagian penyokong apabila tiket cepat habis. Sama ada dijual di talian atau di stadium.

BACA JUGA :   Malaysia Larang Kemasukan 3 Warganegara : India, Filipina & Indonesia

Jualan online saja, sebanyak 40,000 tiket habis dalam masa 30 minit! Jualan di stadium pun sama. Lebih kurang 40,000 tiket habis tak sampai sejam selepas kaunter dibuka. Yang kecewa? Semestinya banyak, terutama kepada yang dah bermalam di depan kaunter tiket.

#4. Ulat Tiket Dah Buat Kerja Awal Nak Kaut Untung Banyak

Sebahagian besar tiket final tersebut yang dijual di online dan juga di stadium dibeli oleh orang tengah dan dijual kembali pada harga tinggi. Golongan ini turut dikenali dengan Ulat Tiket.

Ramai yang percaya, ulat tiket ini telah memborong sebahagian besar daripada tiket yang dijual melalui ‘orang dalam’ dan dijual kembali pada harga yang super tinggi! Harga asal bagi tiket ini adalah RM40 dan RM50 tetapi dijual kembali oleh ulat tiket ini pada harga RM100 hingga RM200.

Ada juga ulat tiket yang menjual tiket final ini pada harga RM500! Ini bukan situasi yang luar biasa. Mana-mana perlawanan bola sepak yang berprestij akan menjadi lubuk bagi ulat tiket ini untuk mengaut untuk berkali ganda.

Peraturan? Tak ada peraturan bagi aktiviti sebegini. Walau pun dijual pada harga yang tak masuk akal, tetapi tiket yang dijual dengan harga tinggi ini laku keras dan tetap dibeli oleh penyokong (yang terdesak).

#3. “Vietnam Dah Buat Tiket Online. Malaysia Bila Lagi?”

Di saat beberapa negara lain sudah pun melaksanakan sistem tiket online ini, Malaysia masih lagi selesa dengan kaedah lama tiket fizikal. Walau pun ada tiket yang dijual secara online, tetapi masih ada beberapa kelemahan yang boleh dibaiki.

BACA JUGA :   Kenapa menahan kentut adalah sesuatu perkara yang buruk ?
bersediakan Malaysia untuk sistem tiket online sepenuhnya? (Sumber gambar: Fox Sport Asia)

Sistem tiket ol=nline ini mungkin antara cara yang boleh digunakan oleh FAM untuk membanteras kegiatan ulat tiket yang macam mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

#4. Pikat Wanita Dengan Tiket Free.

Seluruh Malaysia kini sedang bersedih kerana ada yang tidak dapat membeli tiket final Piala AFF Suzuki tetapi ada seorang lelaki ni mengambil kesempatan. Bukannya dengan menjual tiket pada harga yang tinggi tapi nak cari kekasih?

Seorang pengguna laman jualan dalam talian, Mudah.com telah memuat naik sebuah iklan bagi tiket final Piala Aff Suzuki secara percuma tetapi harus menonton bersamanya. Paling utama, ‘pembeli’ bagi tiket itu wajib seorang perempuan.

Iklan tentang tikef final AFF Suzuki di Mudah.my. (Sumber gambar: Astro Awani)

Mungkin posting itu dibuat dengan tujuan bergurau kerana posting jualan berkenaan telah dipadamkan.

Tidak kisahlah di stadium dengan penonton lain dan “Ekor Harimau”, atau di kedai makan bersama kawan-kawan, atau pun di rumah menonton bersama keluarga, terus saja menyokong pasukan Harimau Malaya.

Mainkan peranan sebagai pemain ke-12 di serata Malaysia!

Harimau Malaya

Kami Selalu Ada

Walau Di Mana Berada

Kami Disini

Terus Menjadi

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here