Pemimpin negara England menyatakan keputusan untuk tidak hadir pada Kejohanan Sukan Bola Sepak terkenal Dunia, iaitu FIFA 2018 yang akan berlangsung di Rusia tidak lama lagi. Tindakan tersebut sebagai reaksi kepada insiden serangan racun ke atas bekas perisik Rusia yang tinggal di Britain.

 

Loading...

Dalam pada itu, Perdana Menteri Britain May membuat pengumuman bahawa Putera Wllian dan menteri-menteri Britain tidak akan menghadiri sukan terkemuka dunia itu pada Jun.

Sekiranya tindakan ini mendapat sokongan daripada negara-negara lain, mungkin suasana Piala Dunia 2018 di Moscow, Rusia, kali ini menjadi suram, kerana England merupakan pasukan hebat dan pernah bergelar juara pada tahun 1966 buat pertama kali setelah menewaskan Jerman 4-2.

Boikot kehadiran yang telah dibuat oleh pemimpin negara England pula disusuli dengan pasukan bola sepak Kebangsaan mereka. Pasukan itu sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada kejohanan tersebut. Tetapi kerajaan England tidak menyokong tindakan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan itu telah tersebar luas dan beberapa negara lain turut mengikut jejak langkah itu sebagai sokongan kepada England.

Salah sebuah negara dilihat menyokong tindakan Britain adalah Australia apabila mereka telah bertindak menghalau dua orang diplomat Rusia. Australia turut menyatakan ada kemungkinan pasukan bola sepak mereka sendiri akan menarik diri pada kejohanan tersebut.

gambar hiasan

Selain itu, beberapa negara lain turut mengikut jejak England, iaitu Denmark, Iceland, Jepun Poland dan Sweden. Banyak juga negara yang mahu melakukan boikot Rusia sebagai host FIFA 2018.

Tindakan ini sebenarnya akan menjadikan kejohanan FIFA 2018 kali ini yang mana akan mencemarkan Rusia sebagai tuan rumah, sekali gus dilihat seperti tidak menghargai usaha tuan rumah yang telah berusaha menyediakan stadium sukan terbaik dengan pelbagai kemudahan apabila aksi menjelang tiba.

Hubungan Britain dan sekutunya Amerika Syarikat dengan Rusia semakin buruk sejak kebelakangan ini, dan insiden ‘racun’ digunakan sebagai alasan kuat untuk Barat bertindak sedemikian.

Jika sebelum ini, AS pernah mengetuai usaha boikot pada kejohanan itu dengan alasan sebagai protes tindakan Kesatua Soviet menceroboh Afganistan. Empat tahun selepas itu, Kesatuan Soviet pula melakukan perkara sama pada Olimpik 1984, ketika itu AS sebagai host.

sumber : mynewshub

Untuk tidak terlepas sebarang tips-tips  kesihatan yang bermanfaat, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here