Buat warga Negara Malaysia yang berumur antara 21 tahun ke atas, anda ada tanggungjawab besar yang bakal anda lakukan pada 9 Mei nanti. Tarikh pilihan raya telah ditetapkan pada 9 Mei oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), untuk anda keluar mengundi.

Pilihan Raya

Menurut laporan (SPR), seramai 14,940,624 pemilih layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Khas kepada anda yang pertama kali turun mengundi, berikut merupakan panduan yang perlu anda tahu.

Pilihan Raya

#1. Pastikan anda menyemak status pendaftaran sebelum hari mengundi.

Semak nama anda di dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR), semakan boleh dibuat melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my atau talian ibu pejabat SPR 03-88856565 atau melalui perkhidmatan SMS: Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO. KAD PENGENALAN, hantar ke 15888.

#2. Adalah dinasihatkan kepada anda untuk datang awal ke Pusat Mengundi dan sila bawa salah satu daripada dokumen pengenalan diri seperti berikut:

           *Kad pengenalan (MyKad).

           *Pasport antarabangsa.

           *Resit kad pengenalan sementara bergambar .

           *Resit laporan kehilangan kad pengenalan bergambar yang telah disahkan oleh                   Jabatan Pendaftaran Negara.

BACA JUGA :   Derma rahim, Apa hukumnya dari segi islam?

           *Lesen memandu bergambar.

           *Kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan

#3. Tunjukkan dokumen pengenalan diri kepada Kerani penyemak Daftar Pemilih (KPDP).

 Dapatkan slip nombor saluran tempat mengundi dan beratur menunggu giliran                   untuk ke bilik tempat mengundi yang betul.

Pilihan Raya

#4. Pastikan anda tunjuk slip nombor saluran tempat mengundi dan dokumen pengenalan diri kepada kerani Pengundi Pertama (KP1).

Selepas dibenarkan masuk, serahkan dokumen pengenalan diri beserta slip semakan        kepada KP1 supaya nama anda ditanda sudah hadir mengundi. Tunjukkan jari telunjuk kiri untuk diperiksa dan pastikan tiada sebarang tanda dakwat kekal di jari.

#5.  Sila celup dakwat kekal

Setelah disemak dokumen pengenalan diri oleh KP1, KP2 akan mencelup dakwat                kekal di hujung jari telunjuk kiri. Dakwaan pengundi, boleh mengundi lebih dari sekali jika dakwat kekal dihilangkan,adalah tidak benar kerana KP1 sudah menandakan nama yang sudah membuang undi.

BACA JUGA :   Sampel COVID-19 Yang Tertunggak Menyebabkan Peningkatan Kes di Sabah.

#6. Dapatkan kertas undi

Selepas jari telah ditandakan dengan dakwat kekal, bergerak ke KP3 untuk                        mendapatkan kertas undi.

Pilihan Raya

#7. Buang Undi

Bergerak ke petak mengundi untuk menanda kertas undi dengan tanda ‘X’ di ruang bersebelahan logo parti. Apa yang penting, pilih satu calon sahaja atau ia akan menjadi undi rosak.

#8. Selesai!

Setelah selesai membuat pilihan yang betul, anda hendaklah melipat kertas undi dengan dua kali lipatan dan bergerak ke peti undi bagi memasukkan kertas undi mengikut peti Undi Parlimen atau Peti Undi Negeri.

Keluar dari tempat mengundi dengan segera bagi melancarkan proses pengundian dan tidak menganggu petugas SPR.

Pilihan Raya

Marilah pergi mengundi, tunaikan kewajipan kepada negara!

Sumber: Astro Awani

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here