Kalau anda dengar mengenai Taiping, mesti anda membayangkan tempat-tempat yang menarik, tempat makan yang best, tempat bersukan dan sebagainya. Pastinya ada di antara anda, yang sudah membayangkan Zoo, bukit larut, mee udang mak jah, cendol, Kuey Toew Doli, laksa pulas, dan sebagainya.

Taiping

Bandar ini kini, mempunyai 13 Tapak Warisan Kebangsaan dan Tapak Warisan di bawah Akta Warisan (Akta 645). Empat tapak diwartakan sebagai tapak Warisan kebangsaan manakala bakinya sebagai Tapak Warisan. Terbaru, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Taiping diwartakan sebagai Tapak Warisan.

Pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT), dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Warisan Negara dan kerajaan negeri sedang giat bertungkus lumus berusaha untuk menambah lagi Tapak Warisan dan Tapak Warisan Kebangsaan.

Taiping

Setakat ini, Tapak Warisan yang diisytiharkan di sini ialah, Kota Ngah Ibrahim, Perpustakaan Awam Perak, Sekolah Menengah King Edward (VII)(I), Masjid Melayu Lama, Gereja All Saints, Muzium Perak, Penjara Taiping dan Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.

Selain itu, perancangan yang seterusnya ialah untuk menjayakan pelbagai pendekatan di sekitar kawasan sini, supaya menjadi sebuah bandar yang kondusif dan membangun.

Taiping

Antara yang dirancang ialah, pelaksanaan ‘Middle Sized Electric Bus’ untuk lingkaran Jejak Warisan, Zon bebas kenderaan di Taman tasik Taiping, Machinoeki, Taiping Bandar Mesra Usia, Pembangunan Bandar selamat dan Rancangan Tempat daerah Larut Matang 2035 dan banyak lagi.

Taiping

 

Selain itu, Bandar ini kini pesat membangun, namun masih lagi berusaha memartabatkan pemeliharaan serta pemuliharaan khazanah warisan bandar tersebut. Usaha tersebut tidak akan berjaya jika tiada sokongan daripada penduduk tempatan.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama kita bangunkan Bandar Taiping, bandar yang penuh dengan warisan dan sejarah.

Taiping

Sumber: Sinar Online

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here