Scania merupakan sebuah syarikat gergasi automotif Sweden, menyediakan perkhidmatan logistik iaitu pengeluaran trak pengangkutan untuk kerja-kerja berat. Dilihat syarikat ini akan kekal melabur di Malaysia, tetapi apakah faktor mereka tetap yakin melabur di negara ini ?

 

Scania memandang lebih jauh terhadap Malaysia, mereka yakin untuk terus melabur kerana negara ini dilihat mempunyai potensi sebagai kawasan pertumbuhan yang agak baik pada masa akan datang.

Selain itu, disebabkan persaingan hebat dan keadaan pasaran semakin tepu di rantau Eropah dan Amerika Latin, Scania tidak mahu terus bertapak di rantau itu lagi, mereka perlu keluar untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

Mereka melihat rantau Asia adalah kawasan yang tepat dan berpotensi sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, mereka akan terus kekal berada di rantau ini terutama di Malaysia.

Walaupun Gergasi automotif mempunyai pelaburan kukuh di negara-negara lain seperti Thailand, tetapi mereka tetap memilih Malaysia kerana melihat potensi pertumbuhan yang besar untuk syarikat berkenaan.

Pelaburan sebenarnya sedang berjalan di negara ini. Lihat sahaja pembangunan infrastruktur sedang berlaku dan Malaysia sendiri dilihat sebagai pusat kerana mempunyai segala-galanya untuk membangunkan ekonomi.

Di pasaran Asia sahaja syarikat itu menjangkakan akan berlaku peningkatan sebanyak 40 peratus sepanjang tahun ini, berbanding skala jualan pada tahun 2017 yang lepas.

Secara purata penjualan syarikat berkenaan di rantau Asia sahaja adalah dalam lingkungan 20 peratus daripada tempahan global. Ini menunjukkan mereka mempunyai peluang besar untuk terus kukuh di Asia sekiranya diteruskan usaha memenuhi permintaan global.

Tambahan lagi, syarikat gergasi itu berjaya melepasi  100,000 unit penjualan buat pertama kali, pencapaian itu adalah untuk tahun sebelum ini, kerana ia tempahan trak melonjak kepada 30 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Urusan Scania Malaysia Sdn Bhd, Marie Sjodin Enstrom, syarikat gergasi itu dijangka kekal berada di Malaysia dan akan membuka tiga kawasan baru dalam tempoh tiga tahun akan datang. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi perkhidmatan dan jualan trak, bas dan enjin penjanaan kuasa.

Syarikat itu belum menjangka jumlah pelaburan pada ketika ini, namun meeka tetap mempunyai keyakinan pelaburan untuk kemudahan perkhidmatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

scania
gambar hiasan

Kemasukan Scania turut mendapat sambutan menggalakkan di Malaysia, oleh itu mereka akan terus bertapak dan akan memenuhi pelbagai permintaan di negara ini.

Sumber : Berita Harian

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here