kering

Anda mengalami masalah kulit kering dan berkedut? Kulit anda selalu kering terutamanya bila berada dalam suhu sejuk. Anda stress dengan kulit anda! maklumlah siapa yang tidak mahu memiliki kulit yang cantik, muda dan lembut di usia tua nanti.

kering

Anda perlu amalkan tips penjagaan kesihatan kulit anda daripada sekarang agar di usia tua, anda memiliki kulit yang sihat dan muda. Kulit anda perlukan kandungan vitamin yang secukupnya untuk kelihatan tegang dan sihat.

kering

Kami kongsikan kepada anda beberapa tips petua yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan kulit yang cantik terutamanya kulit muka.

#1. Banyakkan makan ikan

Anda boleh mengatasi kulit kering dan cepat kedut dengan lebihkan makan ikan. Terutamanya lebihkan makan ikan salmon yang kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang sangat membantu memberi keanjalan kepada kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit anda.

BACA JUGA :   FAKTA: Cara-cara Untuk Tidur Dengan Lebih Cepat

kering

#2. Amalkan Minum atau Makan Kacang Soya

Amalkan makanan dan minuman yang berasaskan soya. Terutamanya bagi kaum wanita. Selain itu soya juga elok diambil melalui produk penjagaan diri kerana ia boleh merawat kulit yang rosak akibat terdedah kepada sinaran matahari yang terik. Anda juga boleh amalkan makan tempe, minuman soya dan sebagainya.

kering

#3. Minum KOKO

Anda disarankan untuk bertukar daripada selalu minum kopi atau teh kepada koko. Koko mengandungi antioksidan dan membantu pengaliran darah dalam badan serta mengatasi masalah kurang air dalam badan sekaligus menjadikan kulit anda sentiasa lembap.

kering

#4. Sentiasa Guna Pelembap

Anda perlu beri perhatian yang serius kepada kulit anda terutama kulit muka. Elakkan daripada sinaran matahari secara berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit serta menghasilkan garisan-garisan halus yang menyebabkan kedutan pada muka anda. Oleh itu, digalakkan anda untuk menyapu produk yang mengandungi agen pelembap dengan kerap agar kulit sentiasa lembap.

BACA JUGA :   Khasiat Amalan Makan Nanas Khas Buat Kaum Wanita

kering

#5. Minum Banyak Air Kosong

Bagi mendapatkan kulit yang cantik, perkara yang paling penting adalah minum air kosong secukupnya dengan anggaran sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 3L. Ini merupakan agen pelembap kulit yang terbaik.

kering

Amalkan petua ini untuk meremajakan kulit anda. Kulit yang sihat dan cantik adalah idaman setiap orang terutamanya bagi wanita.

kering

 Sumber: Cantikitu

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here