Pisang Tahukah anda buah Pisang kaki? Mungkin ada diantara anda yang pertama kali dengar akan nama buah ini. Bagi mereka yang sudah biasa, pastinya pisang kaki menjadi buah kegemaran anda. Dek kerana rasanya sedap, manis pastinya membuka selera anda.

Walaupun namanya pisang kaki, tapi anda jangan bayangkan rupanya macam pisang kaki tau! Buat pengetahuan  anda, pisang kaki adalah buah persimmon. Iaitu buah yang dihasilkan dari pokok dan bukannya yang jenis menjalar atau dari ubi.

Loading...

Pisang

Persimmon dipercayai berasal daripada China dan buah ini tergolong dalam keluarga Ebenacea. Buah ini berwarna kuning dan apabila masak, ianya bertukar ke warna merah-merahan. Bila buah betul-betul masak, rasanya akan semakin manis.

Buah ini mempunyai pelbagai bentuk seperti bulat, leper dan ada berbentuk bujur sedikit. Rasanya ada yang sangat manis dan ranggup dan ada juga yang rasanya sedikit masam dan pahit. Anda boleh makan buah ini dalam keadaan mentah sahaja.

BACA JUGA :   FAKTA : Jenis Buah-buahan Berkhasiat Yang Perlu Anda Ketahui

Pisang

Buah pisang kaki ini mempunyai kalori yang rendah iaitu 70 kalori/ 100g. Selain itu, khasiat persimmon ini mengandungi Vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin. Persimmon sangat baik dalam merawat penyakit. Seperti mengawal tekanan darah tinggi dan meningkatkan pengaliran darah.

Selain itu, khasiat buah persimmon ini dapat menyelesaikan masalah sembelit dan dapat meredakan masalah sedu. Bagi anda yang mengalami masalah jantung dan paru-paru, anda disarankan wajib makan buah ini kerana mengandungi serbau warna putih iaitu bahan mannitol, glukos dan Vitamin C.

Pisang

Khasiat lain, boleh merawat masalah strok melalui kandungan tannin yang terdapat dalam pisang kaki. Kandungan antioksidan yang tinggi dapat membekalkan tenaga kepada anda. Pisang kaki yang segar juga mengandungi kandungan mineral seperti kalium, mangan, copper dan fosfurus yang baik serta mempunyai vitamin B-Complex yang bertindak sebagai Co-facotrs bagi fungsi metabolik dalam badan.

BACA JUGA :   Kaca Mata Berteknologi Tinggi Ini Dapat Kesan Penjenayah?

Menarik bukan? Buah Pisang kaki, adalah jenis buah bermusim dan anda boleh dapatkan buah ini sama ada di pasar malam, EON, atau Supermarket. Kebanyakan buah ini diimport dari China dan harga sangat berpatutan. Anggaran buah ini berharga sebijik RM1 sahaja.

Pisang

 

Sumber: Petua Ibu

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here