Sempena pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 nanti, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak membawa khabar gembira dengan memberikan  beberapa ‘hadiah’ buat pekerja swasta. Hadiah itu adalah bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan mereka dalam ekonomi dan pembangunan negara.

 

Antara insentif yang diberikan adalah kerajaan akan menyediakan geran khas sebanyak RM3 juta kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai menghargai kesetiaan warga pekerja kepada kerajaan dan negara selama ini.

Justeru, MTUC bertanggungjawab untuk mengagihkan geran tersebut kepada kesatuan-kesatuan sekerja di seluruh Malaysia.

insentif pekerja swasta
Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Di dalam ucapannya sempena sambutan Hari Pekerja 2018 di PWTC, Najib Razak juga tidak menolak kemungkinan bahawa gaji minimum bagi sektor swasta akan dinaikkan.

BACA JUGA :   Graduan Payah Nak Maju Jika Kekal Dengan Mindset Kerja Makan Gaji Semata-mata

Pada 2012, gaji minimum bagi pekerja di Malaysia termasuklah pekerja swasta ditetapkan kepada RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah & Sarawak.

Tidak terhenti di situ saja, pada tahun 2016, kadar gaji minimum telah ditingkatkan sebanyak 11% dan 15% menjadikannya RM1000 di semenanjung dan RM920 di Sabah & Sarawak.

insentif pekerja swasta
Kadar gaji minimum bagi pekerja swasta berkemungkinan akan dinaikkan.

Walaubagaimanapun, sesetengah pihak beranggapan bahawa isu kos sara hidup yang semakin meningkat haruslah diselesaikan terlebih dahulu sebelum menaikkan kadar gaji minimum. Hal ini disuarakan kerana rakyat semakin terhimpit dengan keadaan ekonomi ditambah pula dengan pelaksanaan GST sejak 3 tahun lalu.

Selain itu, para suami di sektor swasta juga bakal diberikan cuti mandatori sekurang-kurangnya 3 hari sekiranya isteri mereka bersalin. Inisiatif tersebut adalah bagi memberi peluang kepada suami untuk berada di sisi isteri mereka semasa menerima kehadiran insan baru dalam keluarga.

BACA JUGA :   Cadangan Buka Kedutaan Besar Malaysia Di Baitulmaqdis Akan Diputuskan Oleh Kabinet
insentif pekerja swasta
Para suami akan diberikan cuti mandatori 3 hari sekiranya isteri bersalin.

Pindaan peruntukan undang-undang itu dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada awal tahun 2019 ataupun akhir tahun 2018.

Sumber : Free Malaysia Today

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here