Susulan Cuti Bersalin Mandatori 90 Hari

Majikan di sektor swasta boleh disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya memberhentikan pekerja wanita yang mengambil cuti bersalin 90 hari, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib.

cuti bersalin

Loading...

Undang-undang tersebut adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa rakyat atau individu mempunyai hak sama rata dalam mengamalkan kehidupan termasuk alam pekerjaan.

“Walaupun masih tiada klausa khusus menyatakan (majikan swasta tidak boleh berhentikan pekerja wanita yang mengambil cuti bersalin 90 hari), kita harus berpegang pada undang-undang utama iaitu Perlembagaan Persekutuan”, ujar beliau.

cuti bersalin

“Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja wanita hamil, mereka telah memberi banyak sumbangan dan majikan pula hidup dibantu pekerja sendiri”, tambahnya lagi.

BACA JUGA :   Serangan Peluru Terhadap Mekkah Adalah Ancaman Keamanan Dunia

Justeru, pihak kerajaan menyeru agar pekerja membuat laporan sekiranya ada kes majikan memberhentikan pekerja wanita kerana mengambil cuti 90 hari agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dengan segera.

Isu berhubung cuti bersalin mandatori ini mula hangat diperkatakan terutamanya dalam sektor swasta sejak pengumuman Bajet 2018 yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 telah mengumunkan bahawa cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari seperti yang dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.

Dilaporkan juga, majikan-majikan di negara ini perlu menanggung kos tambahan sebanyak RM20 bilion jika cuti bersalin untuk pekerja wanita sektor swasta dipanjangkan daripada 60 hari kepada 90 hari. Dengan anggaran 3.4 juta pekerja wanita dalam sektor swasta dan 250,000 daripadanya bersalin setiap tahun, maka kos pemanjangan cuti tersebut akan menelan belanja yang sangat besar.

BACA JUGA :   MENARIK: Kafe Harry Potter Kini Dibuka Di Malaysia!

cuti bersalin

Kos langsung cuti bersalin sahaja mencecah RM1 bilion manakala usaha mencari pengganti untuk wanita yang sedang bercuti pula melibatkan kos tambahan sebanyak RM1 bilion.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here