Selebriti popular tanah air, Azwan Ali mengaku dirinya merupakan penyokong tegar Umno selama ini.

Menurutnya, perjuangan menyokong parti itu bermula sejak kecil lagi. “Saya memang dah lama bersama Umno” katanya.

Loading...

“Saya memang ahli Umno, cuma belum daftar sahaja lagi,” tambahnya.

UMNO

Azwan Ali juga mengatakan perjuangan bersama Umno pernah terhenti pada PRU13 di mana ketika itu Azwan membantu abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkempen untuk Pakatan Rakyat.

“Sekarang ini, saya dah sedia untuk mendaftar, kalau ada siapa-siapa yang sudi, bolehlah daftarkan saya”.

Selebriti itu juga berkata bahawa dia tahu bagaimana perjuangan parti ini. Sebab itulah UMNO masih bertahan.

UMNO

Dalam pada itu katanya, bidang politik ini merupakan satu bidang yang lain dan menarik minatnya untuk meneruskannya dengan lebih serius.

BACA JUGA :   2 Bekas Menteri Dibuang UMNO Kerana Menyokong Pembangkang

“Bidang politik sangat berbeza dan yang kuat sahaja mampu untuk berada di sini (politik). Mungkin satu hari nanti saya akan lebih serius”, kata Azwan.

“Buat masa ini, saya masih belajar selok-belok politik,” katanya lagi.

UMNO

Sementara itu, ketika diminta pendapat mengenai selebriti tempatan yang begitu lantang di media sosial, Azwan berkata, ia tidak salah.

“Saya juga antara yang menggunakan media sosial untuk berkata atau menegur sesuatu, tetapi kalau nak cakap, pastikan tahu perkara itu dahulu.

“Jangan cakap tapi tak tahu apa-apa,” katanya.

UMNO

Azwan yang sebelum ini mendiamkan diri dari bidang seni sejak tiga tahun lalu, membuat kemunculan apabila hadir ke Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

BACA JUGA :   Tukar Kerajaan Bukanlah Solusi Kepada Krisis Ekonomi Di Malaysia - Salleh Said Keruak

Lebih memeranjatkan apabila Azwan hadir bersama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos serta melancarkan serangan terhadap abangnya Mohamed Azmi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here