Selebriti Azwan Ali sedia untuk mencabar abangnya yang juga Menteri Besar Selangor di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi sama dalam usaha untuk menumpaskan Azmin.

Azwan

“Hasrat saya untuk menjadikan Diva Azwan Ali sebagai wakil calon saya di Bukit Antarabangsa akhirnya menjadi kenyataan. Beliau juga bersetuju untuk menjadi wakil calon saya.

“Beliau telahpun menunjukkan harapan supaya Bukit Antarabangsa dapat ditawan mengalahkan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor. Saya harap Azmin Ali jangan lari dari DUN Bukit Antarabangsa atau Parlimen Gombak,” kata Jamal.

Azwan yang hadir bersama ketika pengumuman itu dibuat berkata, usaha dia untuk menggulingkan Azmin adalah hadiahnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan merampas Selangor daripada Pakatan Harapan Selangor teraju Azmin.

Azwan

Saya tidak berpura-pura, saya tidak menerima rasuah dan tidak dibayar berjuta-juta.

“(Ini semua) Allah yang mengaturkan. Sebab saya dah lama dendam dengan seekor bangkai ini. Minta maaflah, tapi dia sudah melampau-lampau. Dia lupa apa amanah (bapa) arwah Hj Ali” katanya lagi.

“Kalau kau ingat kau Menteri Besar kau hebat, biar aku jatuhkan. Menteri lain tak berani jatuhkan, meh sini biar aku jatuhkan,” ujar Azwan yang kemudiannya melancarkan #jahanmkanazmin sebagai kempen mengalahkan abangnya.

Lima tahun simpan dendam

Dedah Azwan, dirinya telah lama menyimpan dendam kepada abangnya yang tidak pernah mengenang jasa dan pengorbanan beliau memberi sokongan terbuka pada malam Azmin menang besar ketika PRU13.

Azwan juga dilarang untuk tampil dalam siaran televisyen.

“Bayangkan orang bernama Azmin Ali, kita ucapkan tahniah, menang besar. Ketika itu ramai orang ambil gambar. Semua orang mengutuk saya kenapa saya bodoh bergambar sebegitu”.

Azwan

“Awak tu artis berdiri dibelakang bendera-bendera pembangkang,” ujarnya sambil menambah Azmin tidak pernah menghubunginya selama lima tahun semenjak malam berkenaan.

Justeru, Azwan berjanji untuk mendedahkan setiap rahsia kotor Azmin.

Antara lain, Azwan juga kecewa apabila Azmin pernah mencacinya dihadapan ibu mereka dengan menggelar Azwan sebagai pondan.

“Saya tidak rasa ibu saya menabur fitnah” katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here