Seorang suri rumah dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda keseluruhan RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah.

Suri rumah tersebut tertuduh atas 3 pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghina Nabi Muhammad SAW pada Mei tahun lalu.

Majistret Siti Hanum Md Sah membuat keputusan itu selepas meneliti semua keterangan yang dikemukakan pihak pendakwa dan pembela dalam kes berkenaan.

Suri Rumah
Sumber foto: Berita Harian

Ternyata pihak pembela gagal menimbulkan keraguan yang bermunasabah.

Tham Yut Mooi, 46, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.30 petang pada 4 Mei tahun lalu di dalam ruang solat Masjid Abu Ubaidah, Jalan Perpaduan di Taman Perpaduan Ulu Kinta.

Dia dituduh mengeluarkan kata-kata ‘Nabi Muhammad babi’ yang didengar oleh tiga individu iaitu Abdul Rahim Mat Diah, 53; Mohd Yunos Harun, 73 dan Mohd Halim Buyong, 44, yang dilakukan dengan niat untuk melukakan perasaan keagamaan individu berkenaan.

Suri Rumah

Tham didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum setahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam, WC Chiang.

Terdahulu, Fadhli memohon kepada mahkamah supaya mengenakan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh kerana ia kesalahan yang serius, membabitkan sensitiviti agama, kepentingan awam dan tidak seharusnya dilakukan oleh sesiapa pun.

Suri Rumah

Menurutnya, perkataan menghina itu tidak seharusnya dikeluarkan di hadapan masyarakat Islam malah di hadapan penganut agama lain sekalipun kerana sebagai rakyat Malaysia setiap agama mesti menghormati antara satu sama lain.

Sementara itu peguam tertuduh memohon kepada mahkamah memberikan hukuman yang ringan kerana tertuduh mempunyai dua anak dan ibu bapa yang perlu dijaga.

Suri Rumah

Mahkamah turut memerintahkan hukuman terhadap tertuduh dijalankan serentak dari tarikh sabitan malah tertuduh berdepan hukuman penjara tambahan selama tiga bulan bagi setiap kesalahan jika gagal membayar denda ditetapkan.

Mahkamah juga membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sehingga tempoh rayuan kes berkenaan selesai dengan syarat tambahan perlu membayar jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here