Semalam, kita digemparkan dengan berita Cikgu Azizan atau nama sebenarnya Azizan Manap telah digugurkan daripada pertuduhan sewaktu perbicaraan belum bermula dan saksi belum dipanggil. Menurut peguam serta pakar undang-undang, Syahredzan Johan, status Cikgu Azizan kini adalah dilepaskan tanpa dibebaskan.

Cikgu Azizan
Sumber foto : Kosmo

Jadi Apa Maksudnya ?

Istilah dilepaskan tanpa dibebaskan merupakan sesuatu kes terhadap seseorang individu yang digugurkan pertuduhannya, namun individu berkenaan tidak dibebaskan oleh mahkamah.

“Maknanya, pendakwa raya boleh mendakwa semula tertuduh sekiranya diingini”, ujarnya.

“Berlainan sekiranya terdapat pembebasan (acquittal), pendakwa raya tidak boleh mendakwa semula kerana ini dihalang oleh Perkara 7(2) Perlembagaan berkenaan dengan perbicaraan berulang,” tambahnya lagi.

azizan

Semalam, Mahkamah Majistret Seremban melepaskan Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya pada Oktober lalu.

BACA JUGA :   Cikgu Azizan Kini Dilepaskan, Kes Ditarik Balik

Menurut kertas pertuduhan, guru tersebut didakwa mencederakan pipi kiri seorang pelajar pada 6 April kira-kira jam 7 pagi. Insiden itu dikatakan berlaku di tempat perhimpunan SK Taman Semarak, Nilai.

Mengulas mengenai kes tersebut, Syahredzan memaklumkan bahawa keputusan mahkamah untuk melepaskan tanpa membebaskan pihak berkenaan merupakan satu perkara biasa dari sudut perundangan negara.

azizan

“Ini bukannya perkara luar biasa memandangkan mahkamah tidak boleh membebaskan tertuduh kalau tidak mendengar keterangan saksi dan melihat merit kes. Sebab itu bila gugur pertuduhan sebelum perbicaraan bermula ia bukannya merupakan pembebasan atau acquittal,” katanya.

Apa-apapun, keputusan untuk mendakwa semula Cikgu Azizan itu masih belum diputuskan oleh bapa pelajar tersebut. Dilaporkan, bapanya sedang mempertimbangkan perkara itu  tetapi sehingga kini  masih belum dapat dipastikan.

BACA JUGA :   Suri Rumah Hina Nabi, Dijatuhkan Hukuman Oleh Mahkamah Majistret

Semoga kes ini akan dapat diselesaikan secara baik dan tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Tugas sebagai seorang warga pendidik yang ingin membentuk sahsiah anak bangsa pada zaman ini sememangnya cukup mencabar.

Tabahlah, Cikgu Azizan.

Kredit : Artikel ini dipetik daripada Berita Harian

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here