Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghantar tentera ke wilayah bergolak Baitulmaqdis. Namun, tindakan tersebut bukanlah untuk berperang sebaliknya memastikan keamanan dan kestabilan wilayah itu terjamin.

tentera
Wilayah bergolak Baitulmaqdis

Kenyataan itu diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang turut menjelaskan bahawa Malaysia akan memainkan peranan bagi memastikan kestabilan Tebing Barat itu terjamin selain mempertahankan martabat agama Islam.

“Apa juga yang kita lakukan bukanlah untuk berperang, tetapi untuk pastikan keamanan, untuk pastikan kestabilan dan rantau itu tidak bergolak dan pastikan imej Islam tidak dicemari dengan persepsi serong oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

tentera
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Desas-desus bahawa Malaysia menghantar tentera ke Baitulmaqdis untuk berperang itu mula dicetuskan oleh sebuah portal Yahudi iaitu Jews News di Facebook. Portal tersebut mentertawakan tindakan Malaysia yang disifatkan sangat tidak bijak dan turut dijadikan bahan ketawa.

Lampiran berita berkenaan yang tertera bertajuk “Tentera Malaysia bersedia main peranan membantu Muslim (merujuk isu Palestin)” disertakan kapsyen ketawa dengan kenyataan “kami boleh hancurkan Malaysia dalam satu saat”.

tentera
Portal berita Jews News

Hishammuddin yang juga menteri tugas-tugas khas berkata bukan perkembangan isu di Palestin sahaja dipantau secara dekat, malah negara Timur Tengah seperti, Syria, Iraq, Qatar, Yemen, Lubnan turut dipantau kerana Malaysia mempunyai anggota tentera bawah misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Justeru, Hishammuddin meminta orang ramai tidak mensensasikan sesuatu isu sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

tentera

“Ini musuh Islam mahukan kita berpecah, berkelahi, berperang sesama kita, ini bukan cara Malaysia, ini bukan cara ATM. Yang penting perkara tersebut menjadi pegangan kita melalui prinsip dan nilai kesejagatan,” katanya.

Beliau turut menyentuh konsep wasatiyyah dan pendirian ATM adalah jelas yang tidak berbelah bahagi apabila menyentuh berkaitan hal agama Islam.

Kredit : Artikel ini dipetik daripada Malaysia Gazette

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here