Pasti ramai diantara pembaca Deenamik yang sudah pun melancong ke luar negara? Tidak sah sekiranya jika berkunjung ke sesebuah negara jika tidak datang ke lokasi viral atau pun lokasi pilihan tumpuan pelancong. Namun, entri kali ini Admin ingin membawa anda ke restoran milik selebriti Indonesia yang wajib anda kunjungi jika anda ke negara jiran ini. Perkongsian kali ini khas untuk penggemar setia Sinetron!

Restoran milik selebriti Indonesia yang bakal admin kongsikan ini bukan hanya terbatas dengan makanan tradisional Indonesia sahaja, malah ada yang menyajikan makanan Barat dan juga Thailand. Boleh lah feeling makan di restoran walaupun tidak berkesempatan berjumpa empat mata dengan selebriti kesukaan anda.

RedBox Indonesian Cuisine

Ikan Woku

Restoran milik penyanyi dan pelakon pujaan ramai ini adalah milik Agnes Monica atau lebih dikenali dengan nama pentas Agnez Mo. Walaupun figura ini lebih kepada konsep kebaratan , namun konsep di restoran miliknya ini adalah bercirikan makanan tradisonal Indonesia Manado! Antara menu yang wajib dicuba adalah seperti Ikan Bumbu Woku, Nasi Goreng, Cakalang Suwir, Rujak Gohu, Bakwan Teri, dan Mi Pidis.

BACA JUGA :   Kos Pengajian Perubatan Berbaloi Di Kursk State Medical University

Lokasi : Jalan Taman Ratu Raya, Jakarta Barat

Hatchi

Afganshah Reza, bukan satu nama asing di Indonesia malah di Malaysia. Bagi peminat tegar penyanyi ini, pasti mengetahui bahawa beliau memiliki sebuah restoran berkonsepkan Jepun yang sangat mewah. Menu kegemaran Afgan di restoran miliknya adalah Corned Beef Ramen. Anda yang bertuah dapat ke restoran milik Afgan jangan lupa untuk mencuba menu tersebut.

Lokasi : Plaza Pondok Indah 2, Blok BA/27, Jakarta Selatan

TGI Fridays Restaurant & Bar

Restoran milik Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL ini memiliki 3 cawangan yang berada di Jakarta. Pastinya anda yang gemar berootd akan menyukai interior restoran ini. Hal ini kerana setiap sudut adalah bersifat instagrammable dan terlihat mewah serta eksklusif. “Good People. Serving Up Good Times. Cheers To That” adalah slogan restoran ini.

BACA JUGA :   Lepasan Asasi Boleh Sambung Belajar ke Universiti Luar Negara

Lokasi : Lippo Mall Puri UG-65, cabang yang lain TGI Fridays Lippo Mall Kemang, Pondok Indah Mall, Central Park, dan Gandaria City.

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke restoran milik selebriti di atas jika anda berkunjung ke negara Indonesia. Mungkin anda bertuah dan boleh berjumpa sendiri dengan selebriti pujaan ramai ini !

Selain berkunjung sebagai pelancong, anda juga boleh melanjutkan pengajian di Indonesia dalam pelbagai bidang pilihan pengajian seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Pengajian Islam dan sebagainya. Tambahan, pilihan universiti yang disediakan pula adalah diiiktiraf penuh oleh WHO,KPT, MQA, JPA, MMC, MDC dan juga MVC. Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi talian di bawah :

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : https://bit.ly/konsultanAfiqah
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here