Cikgu Azizan  atau nama sebenarnya Azizan Manap yang dibicarakan atas tuduhan mencederakan anak muridnya, telah dibebaskan  daripada dakwaan tersebut oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

Cikgu Azizan

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan tersebut selepas pendakwa raya menarik balik pertuduhan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan tersebut.

Cikgu Azizan, 44, yang baru bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai merupakan penolong hal ehwal murid yang bertanggungjawab atas isu disiplin. Dia dituduh mencederakan anak muridnya yang didakwa terlibat dalam kes disiplin berat termasuk menghidu gam.

Cikgu Azizan
Sumber foto : MyNewsHub

Menurut kertas pertuduhan, Azizan didakwa mencederakan pipi kiri seorang pelajar pada 6 April kira-kira jam 7 pagi. Insiden itu dikatakan berlaku di tempat perhimpunan SK Taman Semarak, Nilai.

Jika didapati bersalah, Azizan boleh dikenakan hukuman penjara setahun, denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Kes ini menarik perhatian segenap masyarakat  selepas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa guru-guru hadir ke mahkamah hari ini bagi memberikan sokongan dan solidariti kepada Azizan.

BACA JUGA :   Kes Cikgu Azizan : Apa Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan?

Perkarangan mahkamah yang dibanjiri dengan kehadiran guru-guru jelas menunjukkan bahawa warga pendidik bersimpati terhadap nasib Cikgu Azizan yang disifatkan teraniaya kerana menjalankan tugas, sesuatu yang jarang dilihat dalam beberapa kes saman oleh ibu bapa terhadap guru seperti sebelum-sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Pejabat Peguam Negara tidak memberi sebab mengapa kes itu ditarik balik.

Peguam Francis Pereira yang mewakili Azizan berkata Pejabat Peguam Negara boleh mendakwa semula individu yang dibebaskan tanpa dilepaskan.

“Ia biasanya untuk kes di mana tidak ada bukti pada peringkat ini atau mereka tidak bersedia untuk meneruskan perbicaraan”, ujarnya.

“Tetapi dalam situasi ini, Pejabat Peguam Negara memberitahu majistret tidak ada perkembangan dalam kes itu dan berdasarkan perkara itu mereka mohon tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan,” katanya kepada wartawan di luar mahkamah hari ini.

BACA JUGA :   "Saya Hanya Rotan Kerana Mereka Malas Solat.." - Ustaz Adib

“Kes ini tidak ada lagi. Nampaknya tidak mungkin mereka akan buka dan caj semula guru ini,” katanya. Kes itu ditarik balik sebelum kenyataan diambil”, tambahnya lagi.

Cikgu Azizan
Sumber foto : SiakapKeli

Kes Cikgu Azizan ini turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang menulis pelbagai komen dengan tanda pagar #PrayForCikguAzizan dan #AnakkuSazaliTidakAkanBerulang, merujuk kepada filem popular P. Ramlee bertajuk “Anakku Sazali” yang mengangkat tema mendidik anak-anak.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kredit : Artikel ini dipetik daripada The Malaysian Insight

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here