Jibam 2 akan diterbitkan sekiranya karya oleh kartunis Ujang yang ditayangkan di seluruh Malaysia dapat diterima oleh orang ramai.

Menurut Ujang, idea untuk penghasilan sequel berkenaan sudah diolah kira-kira 50 peratus dengan plot penceritaan yang segar tanpa diadaptasi daripada mana-mana novel karyanya.

Jibam 2

Terdapat beberapa babak yang sengaja digantungkan dalam filem sulung untuk dikembangkan ke bahagian kedua terutama lanjutan watak Tok Ngah Sudin serta karakter lain.

“Saya ada menerima tawaran daripada pelabur yang berminat untuk menyambung Jibam, tetapi rasanya lebih elok kita tunggu maklumbalas penonton macam mana, kemudian barulah kita fikirkan tentang sequel”.

Jibam 2

Jika penonton suka dengan Jibam, maknanya ada harapan untuk Jibam 2 menyusul. Jika persembahan terlalu banyak dan tidak difahami mungkin kami tidak akan terbitkannya lagi kerana modal untuk terbit filem adalah sangat besar.

Jibam yang diadaptasi menerusi novel karya Ujang dilakonkan oleh Mohd. Ariff Abdullah sebagai Jibam di samping Syafie Naswip, Bohari Ibrahim, Farah Ahmad, Esma Daniel, Fadlan Hadzim, Kamarool Yusof serta ramai lagi.

Jibam 2

Sementara itu, lagenda dalam dunia kartunis tanah air ini berharap Jibam yang diterbitkan produksi, Spektra Selasih Sdn. Bhd. mampu mendapat sambutan hebat dan mengikut jejak langkah Tombiruo, filem adaptasi karya novelis Ramlee Awang Murshid.

Katanya, aura lakonan Mohd. Ariff yang sebelum ini cukup dikenali ramai sebagai Buntat dalam drama 7 Hari Mencintaiku serta Farah diyakini mampu memberi nilai tambah untuk menarik penonton ke pawagan di samping kekuatan utama yang terletak pada novel berkenaan.

Jibam 2

“Lebih kurang 70 hingga 80 peratus daripada isi kandungan filem ini mengikut apa yang kita mahu ia divisualkan. Banyak adegan dalam novel ada pada filem.

“Walaupun cerita lama tetapi apa yang dipaparkan masih wujud dalam masyarakat hari ini misalnya, pergaduhan di kedai kopi, perebutan tanah dan sikap anak yang tidak mempedulikan ibu bapa, jadi bagi saya kisah Jibam adalah idea yang segar dan relevan sampai bila-bila,” katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com


Dipetik dan diolah dari Utusan

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here