Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem Jibam Ini ?

Filem ini berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Jibam. Dia mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek oleh budak-budak di kampungnya kerana mempunyai tabiat pelik iaitu suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali.

Loading...

Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017

Bahasa: Melayu

Klasifikasi: P13

Genre: Drama

Durasi: 1 Jam 39 Minit

Pengedar: Empire Film Solution

Pengarah: Che Mie

Pelakon: Mohd. Ariff Abdullah, Bohari Ibrahim, Syafie Naswip, Kazar Saisi

Review 

Cerita Jibam adalah adaptasi daripada novel karya Ibrahim Anon @ Ujang yang diangkat menjadi filem. Jika anda pernah membaca novel ini, percayalah, adaptasi pengarah Che Mie begitu berkesan dan menarik untuk ditonton. 99 minit masa tayangan tidak terasa berlalu begitu saja dan pasti tidak akan mengecewakan anda.

Jibam

Filem Jibam menggunakan Kampung Belulang sebagai latar belakang utama. Suasana kampung yang baru diteroka beberapa tahun nampak sungguh real. Tiada eletrik, tiada paip air bahkan memasak pun menggunakan dapur kayu. Pengangkutan pula banyak menggunakan basikal tua sahaja. Jika diamati, suasananya cukup menggamit memori zaman kecil.

BACA JUGA :   Adakah Filem Jibam 2 Karya Ujang Bakal Menyusul?
Jibam
Suasana kampung yang cuba diketengahkan

Pemilihan para pelakon harus diberikan pujian. Pengarah begitu berani dengan memilih Ariff yang tiada pengalaman berlakon sebagai Jibam dan ternyata pertaruhannya menjadi. Jika anda masih ingat, Ariff ini lah kanak-kanak yang memainkan watak sebagai Buntat dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaimu sebelum ini.

Jibam
Sumber foto : Filemkita.com

Lakonannya sebagai Jibam kali ini memang padu. Tapi ada kalanya juga pertuturan Jibam tidak begitu jelas. Bohari Ibrahim yang memegang watak Tok Ngah Sudin juga harus diberi pujian. Nampak bersahaja dalam membawa watak namun mimik muka dan bahasa badan yang ditunjukkan sangat terkesan. Antara pelakon lain yang ditampilkan dalam filem ini Kazar Saisi, Syafie Naswip, Kamarool Hj Yusuf dan ramai lagi.

Jibam
Sumber foto : Filemkita.com

Dari segi penceritaan, jalan cerita Jibam tidaklah begitu berat dan boleh dikatakan ‘straight-foward’ bersahaja. Semuanya mengikut jalan cerita seperti di dalam novel. Namun, ada juga beberapa perincian dalam novel yang tidak ditunjukkan seperti peranan Fakir, abang sulung Jibam yang tidak begitu menonjol. Malah terdapat beberapa babak yang sepatutnya ‘gempak’ namun tidak mencengkam seperti waktu Usin Singai menyerang Jibam. Walaupun sedikit kelompangan filem dapat dirasai, ianya tidak mengganggu perjalanan filem.

BACA JUGA :   Adakah Filem Jibam 2 Karya Ujang Bakal Menyusul?

Jibam

Kesimpulanya, filem ini menunjukkan beberapa pengajaran yang tersurat dan tersirat serta kaya dengan pengajaran. Bak kata pepatah, ‘buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali’ serta orang ‘tamak selalu rugi’ begitu sesuai dengan perjalanan filem ini. Bukan mudah mengadaptasi sesebuah karya novel ke layar perak, namun kami yakin Che Mie sudah melakukan yang terbaik dan menghasilkan karya yang menarik untuk tontonan semua.

Ayuh, tunjukkan sokongan anda kepada filem tempatan. Pastikan tengok di panggung wayang, dan cegah budaya cetak rompak.

Rating : 9/10

Kredit : Sumber review ini adalah daripada Kakimuvee.net

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik untuk dapatkan lebih banyak review filem-filem terini yang sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here