Seorang penganalisis politik mendakwa Datuk Seri Najib Razak kurang berani dalam menyelar tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut Wong Chin Huat daripada Penang Institute berkata, perdana menteri nampaknya berbelah bahagi dalam tindakan menggambarkan dirinya sebagai pejuang Islam.

pm
Sumber foto: FMT
Loading...

Perdana Menteri kita nampaknya cuba mengelakkan perkataan yang boleh membangkitkan kemarahan Trump dan seterusnya mempercepatkan tindakan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) terhadapnya.

Dikatakannya kenyataan Najib membantah tindakan AS pada Perhimpunan Agung Umno ke-71 minggu lalu, hambar berbanding reaksi seluruh dunia.

“Beliau berharap dapat menunjukkan kepada umat Islam yang beliau bersama rakyat Palestin, tetapi rakyat dapat melihat beliau berpura-pura mengambil berat”.

pm

“Apa modalnya untuk memarahi Trump? Beliau begitu terdesak menjadi rakan Trump sehingga sanggup menghabiskan wang rakyat untuk “menyelamatkan ekonomi AS”.

“Ia terlalu jelas apabila kamu membandingkan reaksi Turki serta Iran dan ini memalukan naratif perpaduan Islam Umno-PAS,” katanya.

Beliau berkata, orang Melayu di negara ini mungkin mengingati dan merindu kelantangan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membidas Washington.

BACA JUGA :   Malaysia Hantar Tentera Ke Baitulmaqdis Bukan Untuk Berperang – Hishammuddin

pm

“Paling tidak Najib boleh memanggil duta AS bagi menyuarakan bantahannya secara lembut dan berhati-hati.”

Pada 5 Disember lalu, Trump menyampaikan hasratnya kepada pemimpin Arab untuk memindahkan Kedutaan AS di Israel ke Baitulmaqdis, keputusan mengundur semula dasar berdekad lama Washington dan berisiko mencetuskan keganasan di Timur Tengah.

Pegawai kanan AS berkata, Trump akan menangguhkan pemindahan kedutaan itu dari Tel Aviv selama 6 bulan, walaupun beliau dijangka mengarahkan pegawainya memulakan perancangan secepat mungkin.

pm

Najib ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur minggu lalu, menggesa dunia Islam membantah sekeras-kerasnya sebarang tindakan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Saya selaku presiden Umno dan perdana menteri Malaysia, mengajak pimpinan parti, perwakilan, ahli-ahli yang hadir, di dalam dan di luar sana, serta semua di mana saja anda berada, untuk bangun dan menzahirkan pendirian kita yang selantang-lantangnya agar dunia mendengar gema suara umat Islam Malaysia.

BACA JUGA :   Israel Terus Bekalkan Senjata Kepada Myanmar Untuk Hapuskan Muslim Rohingya ?

“Kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila,” kata Najib.

pm

Sementara itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran rancangan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah “had” umat Islam dan beliau mungkin memutuskan hubungan diplomatik dengan AS.

Pakar sosiologi di Universiti Nasional Singapura (NUS), Prof Syed Farid Alatas berkata, tindakan yang akan diambil perdana menteri atau pemimpin negara lain lebih penting daripada kenyataan mereka.

pm

Beliau mempersoalkan jika Malaysia mampu memainkan peranan penting dalam meraih sokongan dunia untuk membantah keputusan Trump.

“Adakah Malaysia mempunyai pengaruh antarabangsa dan semangat muhibah antara negara untuk menjayakannya? Kita nantikan sahaja.”

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari FMT

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here