Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan Menteri Besar Selangor tidak melayan permintaan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim untuk membantunya memperjelaskan isu tweet kritikan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut Azmin beliau mesti bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakan olehnya.

Loading...

Datuk Zaid Ibrahim membuat permintaan agar Azmin menemaninya dalam siri jelajah untuk memperjelaskan tweetnya yang dikatakan mengkritik Sultan Selangor.

Azmin

Tambah Zaid “menteri besar Selangor itu mengatakan bahawa saya mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan tweet saya kepada rakyat. Saya akan lakukannya, tetapi Azmin perlu hadir sama. Beliau memahami sepenuhnya tweet dan konteks yang disampaikan, jadi beliau boleh sertai saya”.

Beliau lelaki yang berani, kerana dengan berbuat demikian boleh menyebabkan sultan murka. Itulah sebabnya tiada siapa yang bercakap secara terbuka mengenainya,” kata Azmin.

BACA JUGA :   Azmin Ali Bakal Umumkan 2 Calon Ini Sebagai MB Selangor Yang Baru

Zaid sebelum ini mengkritik Sultan Sharafuddin berhubung ulasan kerabat Diraja Selangor itu terhadap pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Azmin
Sumber foto: FMT

Titah Sultan, Dr Mahathir mempunyai sindrom inferiority complex dimana tidak boleh melihat individu lain lebih berjaya daripadanya.

Kenyataan Sultan Sharafuddin dikritik Zaid dengan berkata di twitter: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

Ianya kemudian dibalas Sultan sendiri yang mengarahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk keluar dari Selangor sekiranya tidak sependapat dan menghormati pandangan baginda.

Azmin
Sumber foto: FMT

“Dia (Zaid) duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor,” tegas Sultan.

Tweet Zaid turut mendapat kecaman rakyat Selangor dimana kira-kira 5,000 orang hadir di hadapan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam berhimpun sebagai tanda sokongan kepada Sultan Sharafuddin.

BACA JUGA :   Azwan Ali Cabar Abangnya, Azmin Ali Untuk Merampas Selangor Pada PRU14 Akan Datang
Azmin
Sumber foto: FMT

Himpunan anjuran UMNO Selangor juga mendesak agar Zaid segera memohon maaf kerana bertindak biadap terhadap baginda Sultan disamping mendesak agar DAP memecat Zaid.

“Kita nak cabar kalau DAP mengatakan Zaid Ibrahim betul, tidak ada kena-mengena dengan DAP, kita cabar DAP ambil tindakan dengan pecat Zaid Ibrahim,” kata Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here