TMJ : Ada Pemain Harimau Malaya Buat Hal

BONGKAR… Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat pemain yang bersikap ‘besar kepala’ dalam skuad kebangsaan, sehingga menjejaskan prestasi pasukan negara.

Harimau Malaya
Ada sesetengah pemain Harimau Malaya disifatkan ‘besar kepala’. Sumber foto : FAM

Malah, TMJ berkata mentaliti pemain terbabit yang merosakkan prestasi dan masa depan skuad Harimau Malaya, turut bersikap sedemikian dalam pasukan yang diwakili mereka di Liga Malaysia.

“Semua pasukan dalam negara ini lalui perkara yang sama, anda mempunyai beberapa pemain senior yang menentukan kelab berkenaan, jadi tidak kira banyak mana bakat muda disenaraikan dalam skuad senior, sama ada kelab atau negara, mereka akan mempengaruhi kelompok ini”

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

“Itulah tanggungjawab setiap pasukan kelab dan negeri untuk mengenal pasti individu-individu berkenaan dan berusaha memastikan mereka boleh mengawal keadaan tersebut. Kita perlu merombaknya secara menyeluruh”, ujar TMJ.

“Tidak guna kalau kita lantik Carlo Ancelotti pun, kalau ada peraturan latihan dia sendiri, terdapat lapan atau sembilan pemain senior yang mogok, tidak mempunyai mentaliti menang, sampai bila-bila kita tak akan menang. Kita sedang berusaha mengeluarkan liabiliti ini daripada pasukan,” tambahnya lagi.

Harimau Malaya
Ketua Jurulatih baru, Tan Cheng Hoe

Justeru, tugas utama ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kini ialah mengubah mentaliti pemain supaya bersikap mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan.

Bekas jurulatih Kedah itu dilantik menggantikan Nelo Vingada pada Khamis lepas, selepas Vingada meletak jawatan dengan alasan mahu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan beliau mengendalikan pasukan negara.

Harimau Malaya
Bekas Jurulatih Harimau Malaya yang meletakkan jawatan, Nelo Vingada

Sepanjang menjadi pengendali skuad kebangsaan selama enam bulan, jurulatih kelahiran Portugal itu gagal meraih sebarang kemenangan, apabila sekadar mencatat keputusan seri menentang Hong Kong dan enam kekalahan, termasuk dua kali tewas 1-4 kepada Korea Utara.

BACA : Ini Mungkin Sebab Mengapa Nelo Vingada Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Skuad Kebangsaan

Untuk rekod, Cheng Hoe mempunyai pengalaman luas bersama skuad kebangsaan selain pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal semasa menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

Sebelum menjadi penolong jurulatih Harimau Malaya, Cheng Hoe yang juga bekas jurulatih pasukan Kedah, berjaya mengembalikan kegemilangan skuad berkenaan dalam kancah Liga-M.

Tan Cheng Hoe Kedah
Skuad Kedah bimbingan Cheng Hoe menjuarai Piala Malaysia pada 2016

Di bawah kendaliannya sejak 2014, Kedah berjaya memenangi Piala Malaysia pada 2016.

Semoga pelantikan Cheng Hoe ini mampu memulihkan kembali martabat Harimau Malaya yang kini sedang dipandang teruk oleh para penyokong.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada BERNAMA

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here