Malaysia sudah dikurniakan dengan keindahan alam semulajadi yang menarik. Mempunyai kawasan pergunungan yang menghijau, air terjun dan pemandangan yang indah, tetapi penduduk Malaysia kebanyakannya tidak menghargai keindahan yang telah dikurniakan kepada mereka.

kebersihan

Malaysia yang merupakan sebuah negara yang sentiasa dipuji kerana mempunyai keindahan alam yang cantik, ianya amat menyakitkan dan menyedihkan apabila rakyatnya sendiri dengan suka hatinya membuang sampah merata-rata tanpa perasaan bersalah dan juga kurangnya kesedaran sivik mereka.

kebersihan

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak ambil peduli tentang kebersihan negara kita dan sampah sarap yang telah dibuang merata-rata, seorang pelancong telah melawat ke Malaysia mengambil inisiatif dan kesedaran membantu untuk membersihkan kawasan tersebut di Air Terjun Pecah Batu, Perak.

kebersihan

Melalui akaun Facebook seorang pengguna, dia telah berkongsi seorang pelancong membonceng motosikal sambil membawa alatan untuk membersihkan kawasan rekreasi tersebut.

kebersihan

Pelancong itu dengan rela hati mengutip sampah sarap yang bertaburan dan juga daun kering yang terdapat di situ.

Best tengok mat saleh datang tempat kita lepas tu tolong kutip sampah. Ini ke budaya yang kita nak banggakan dekat anak cucu kita nanti.

kebersihan

kebersihan

kebersihan

Penduduk Malaysia kurang mempunyai kesedaran dalam menjaga keindahan alam sekitar kita. Harapnya kita akan lebih peka dengan keadaan sekeliling supaya kita dapat menjaga kebersihan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here