Tindakan pengantin yang mahukan kelainan pada hari persandingannya mendapat perhatian tetamu yang hadir serta netizen apabila menyelitkan sepucuk ‘pistol’ di pinggang bagi menggantikan aksesori tradisional Melayu.

pengantin

Gambar pengantin tersebut menjadi tular Isnin lalu apabila pengantin lelaki itu didapati menggunakan ‘senjata api’ bagi menggantikan keris pada pakaiannya.

Beberapa gambar yang tular di media sosial itu menunjukkan kedua pengantin dalam persalinan songket kuning jelas memperlihatkan sepucuk pistol berwarna hitam diselitkan pada samping pengantin lelaki.

Pengantin lelaki, Muhammad Saiful Ikhsan Muzafar, 25, berkata, dia sudah merancang untuk menampilkan ‘kelainan’ tersebut dua minggu sebelum majlis tersebut diadakan.

pengantin

Saya memohon maaf kepada orang ramai yang keliru dengan penggunaan ‘pistol’ berkenaan. Saya tahu adalah satu ke­salahan kalau memiliki senjata api walaupun permainan yang menyerupai senjata asli, jadi saya potong pistol berkenaan dan pakai bahagian peme­gang sahaja.

Muhammad Saiful hari ini difahamkan memberi keterangan pada pihak polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

pengantin

Tambah Muhammad Saiful, pistol tersebut adalah alat permainan, pistol angin yang dibeli pada harga RM45 di sebuah laman web beli-belah dalam talian.

Tidak dinafikan ramai yang bertanya sama ada ia pistol asli, dan saya katakan pistol ini ha­nya gimik untuk nampak unik. Lagipun sepanjang majlis, pemegang pistol ini hanya terselit di samping, kalau saya keluarkan pun bukan nampak pistol tetapi pemegangnya saja.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Me­laka, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Nor Yhazid berkata, perbuatan tersebut menjadi ke­salahan di bawah seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 kerana memiliki pistol tiruan.

pengantin

Jika didapati bersalah, mana-mana individu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari Malaysian Digest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here