Anda tidak berpeluang untuk melancong ke luar negara? Teringin untuk merasai suasana percutian seperti di sana ?

Anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa tempat di Malaysia yang mempunyai pemandangan lebih kurang seperti di luar negara. Dari kawasan pergunungan, pantai yang cantik dan juga keindahan seni bina yang menarik!

Kawasan Malaysia Yang Mempunyai Keindahan Seperti Luar Negara

Di sini terdapat beberapa buah tempat di Malaysia yang anda boleh lawati yang mempunyai pemandangan indah seperti di luar negara. Tanpa celoteh panjang lagi, jom kita tengok :

  1. Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang, Sabah – New Zealand

luar

luar

luar

Terletak di Kota Kinabalu, kawasan ini dipenuhi dengan rumput yang menghijau dan pemandangan yang indah. Tarikan utama kawasan ini adalah kerana menghasilkan 900,000 liter susu setiap tahun. Anda boleh lihat bagaimana susu dihasilkan. Sebelum pulang, bolehlah beli buah tangan dan juga ais krim yang dihasilkan di sini.

  1. Colmar Tropicale, Bentong, Pahang – Colmar, Perancis

luar

luar

Kawasan ini mengambil inspirasi dari sebuah resort di Perancis dan suasananya nampak seakan-akan sama. Keindahan senibina abad ke 18 ini sangat menitikberatkan elemen perkampungan di Perancis.

  1. Kellie’s Castle, Perak – Istana di Eropah

 

luar

luar

Istana Kellie atau Kellie’s Castle ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Perak. Dibina oleh William Kellie Smith sebagai simbol cinta terhadap isterinya. Istana ini adalah satu-satunya istana yang mempunyai reka bentuk yang unik.

  1. Pulau Sipadan, Sabah – Maldives

luar

luar

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, di pantai timur Sabah. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Di sini terdapat lebih dari 3,000 spesis lautan. Anda perlu mencuba menyelam dan snorkel apabila sampai di sini!

  1. Maliau Basin, Sabah – Amazon

luar

luar

Jika anda gemar meneroka alam semulajadi, sangat digalakkan untuk datang ke sini. Kawasan ini amat sesuai untuk meredah hutan dan melihat burung-burung. Sedikit peringatan, anda haruslah mendapat keizinan daripada Yayasan Sabah terlebih dahulu untuk memasuki kawasan ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here