Perginya Nelo Vingada Dari Skuad Kebangsaan

Pengendali dari Portugal, Nelo Vingada kini sah meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, setelah 7 perlawanan tanpa sebarang kemenangan sejak mengambil alih jawatan itu dari bulan Mei lalu.

Nelo Vingada
Sumber foto : Nizam Rahman – www.asiana.my

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai perletakan jawatan Nelo Vingada atau nama sebenarnya Eduardo Manuel Martinho Braganza de ‘Nelo’ Vingada.

Loading...

Dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan di laman FAM, jurulatih berusia 64 tahun itu memutuskan untuk meletakkan jawatan selepas sesi mesyuarat bersama Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Dengan rasa penuh tanggungjawab, saya di sini mengumumkan bahawa saya mahu melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih bola sepak kebangsaan dan TMJ telah menerima keputusan saya”, ujarnya.

Nelo Vingada
Vingada dilantik menjadi ketua jurulatih sejak Mei lalu

Kedua-dua pembantu beliau, Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa juga akan pergi bersama beliau.

BACA JUGA :   11 Pemain Harimau Malaya Yang Berkemungkinan Diturunkan Menentang Lubnan

Jurulatih berpengalaman itu dilantik menjadi jurulatih skuad Harimau Malaya pada bulan Mei yang lalu menggantikan Dato’ Ong Kim Swee, setelah TMJ dilantik menjadi presiden FAM. Meskipun Vingada sebelum ini pernah membawa pasukannya menempa banyak kejayaan seperti menjuarai Piala Asia dan K-League, namun beliau tidak dapat mengubah nasib Harimau Malaya seperti yang diinginkan.

Malaysia tewas 4-1 kepada Korea Utara dalam dua perlawanan berturut-turut

Antara sebab utama Vingada mahu melepaskan jawatan adalah kerana gagal membawa skuad kebangsaan layak ke Piala Asia 2019. Daripada 7 perlawanan rasmi di bawah bimbingannya, Malaysia tewas dalam 5 perlawanan dan seri dua kali. Ditambah dengan tekanan daripada seluruh peminat bolasepak tanah air, pastinya membimbing skuad Harimau Malaysa adalah satu tugas yang sukar.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa Aksi Harimau Malaya Menentang Lubnan Wajar Dipuji Meskipun Tewas
BACA : Anda Pasti Terkejut Dengan Punca Sebenar Kekalahan Skuad Harimau Malaya Kepada Korea Utara

Walaubagaimanapun, Vingada bertegas bahawa barisan pemain kebangsaan yang terdiri daripada bakat-bakat muda mempunyai masa depan yang cukup cerah. Cumanya, skuad Harimau Malaya perlukan lebih banyak masa untuk membentuk mereka dan merealisasikan potensi sebenar.

Sumber foto : FAM

Diharapkan jurulatih yang dilantik selepas ini dapat membimbing pasukan kebangsaan dengan sebaiknya dan memulihkan kembali reputasi Harimau Malaysia di mata penyokong.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Goal.com

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here