Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi dikejutkan dengan tamparan hebat selepas Presiden mereka, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan perletakan jawatan malam semalam berikutan ranking skuad kebangsaan telah jatuh menjunam tiga anak tangga.

 

Loading...

Kenapa Tunku Ismail berbuat sedemikian, kerana beliau menganggap kejatuhan itu adalah satu kegagalan yang amat besar terjadi pada skuad kebangsaan.

Jika sebelum ini beliau pernah menyatakan kepada umum bahawa perletakan jawatan itu masih lama, dalam tempoh  dua tahun akan datang, namun kenyataan terbaru menerusi akaun Johor Southern Tigers memberi petanda bahawa beliau benar-benar mahu melepaskan jawatannya sebagai orang nombor satu persatuan itu.

“Baru-baru ini saya melihat ranking pasukan kebangsaan telah jatuh tiga anak tangga lagi dan perkara ini sangat serius, malah ia merupakan kegagalan yang amat besar! Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus meletak jawatan.

tunku ismail
gambar hiasan

Menerusi kenyataan itu, Tunku Ismail turut menyatakan ucapan terima kasih untuk segala-galanya sepanjang bersama persatuan FAM dan ia adalah satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bolasepak Malaysia. Malah, beliau juga meninggalkan kata semangat “Selamat Maju Jaya.”

BACA JUGA :   TMJ Dedahkan Ada ‘Orang Dalam’ Berkomplot Untuk Singkirkan Beliau Sebagai Presiden FAM

“Kepada seluruh Bangsa Johor yang saya sayangi dan tidak lupa kepada para peminat Kelab Bolasepak Johor Barul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya..Daddy’s home!,” kata-kata itu dikongsi menerusi akaun berkenaan.

Bagaimanapun Presiden FAM itu mengakui sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatan itu. Namun begitu beliau juga telah berjaya menstrukturkan semula persatuan itu termasuklah berjaya mengubah pelbagai senario bola sepak seperti menjalin kerjasama dengan Kelab La Liga untuk menjadi lebih berdaya saing.

tunku ismail

“Selama saya memegang jawatan sebagai presiden FAM, banyak perubahan yang berjaya dilakukan termasuklah berjaya menstrukturkan semula sistem bola sepak tanah air, menarik lebih banyak penaja yang menyumbang kepada bola sepak negara dan menyediakan pelan jangka panjang seperti menjalin kerjasama dengan Kelab La Liga.

BACA JUGA :   Morais Menegaskan Pasukan JDT Supaya Terus Kekal Fokus

Selain itu, Tunku Ismail telah memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan yang bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatkan kestabilan kewangan. Malah, beliau juga telah mencipta sejarah dalam bola sepak tanah air yang mana buat pertama kalinya setiap pasukan yang bertanding menerima RM 1 juta hingga RM 3 juta dalam setahun sebagai hak penyiaran yang mana setiap pasukan tidak lagi menggunakan duit rakyat daripada kerajaan.

“Bagi skuad B-23, B-19, dan B-16 mereka berjaya melakar satu lagi sejarah bola sepak yang mana mereka berjaya menempah tempat buat pertama kalinya di peringkat tertinggi di Asia,” ujar beliau lagi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here