khairulimran

Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) merupakan peringkat peperiksaan yang amat penting bagi setiap calon kerana sijil itu akan digunapakai dalam membuat mana-mana permohonan sambung belajar mahupun bekerja di masa akan datang. Calon mana yang tidak bimbang jika gagal merealisasikan impian untuk lulus cemerlang dalam semua subjek diambil. Semua pasti mahu melakukan yang terbaik di peingkat ini.

 

Loading...

Lain pula dengan tragedi yang berlaku kepada seorang calon SPM yang mana tiba-tiba hilang penglihatan 2 minggu sebelum peperiksaan bermula. Khairulimran Adam, 18, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan  Mohd Khalid, Johor Bahru, mengalami ujian itu tetapi sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang demi masa depannya.

Khairulimran telah mendaftar sembilan subjek dalam SPM tetapi terpaksa menggugurkan Pendidiakan Seni Visual kerana memerlukan calon melukis sendiri dan itu tidak mampu untuk dilakukan sendiri oleh saudara Khairulimran.

Bagaimanapun, ketika menduduki peperiksaan Khairulimran terpaksa menggunakan perkhidmatan jurubaca dan jurutulis disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk menjawab kesemua soalan sepanjang tempoh peperiksaan. Dalam peperiksaan percubaan sebelum ini saudara Khairulimran mendapat keputusan 7A, 2B.

Setelah keputusan SPM diumumkan keluar, saudara Khairulimran datang ke sekolahnya untuk mengetahui keputusan SPM dan dia sangat terharu apabila mendapat keputusan semua A dalam 8 mata pelajaran yang diambil.

“Alhamdulillah. Saya tidak sangka dapat keputusan cemerlang. Ini semua berkat pertolongan keluarga, guru dan rakan saya. Guru dan rakan banyak membantu dengan memberi nota rakaman suara dan video menerusi aplikasi WhatsApps dan Telegram,” ujarnya.

Kini saudara Khairulimran juga masih menjalani rawatan pemulihan dan penglihatannya beransur pulih tetapi penglihatannya masih kabur dan kurang jelas.

Katanya, dia tidak menyangka mendapat keputusan cemerlang kerana menghadapi cabaran besar untuk menjawab setiap kertas peperiksaan terutama karangan, selain mengambil masa agak lama untuk menjawab setiap soalan itu.

khairulimran
gambar hiasan

“Ketika menjawab soalan juga saya dibantu oleh pengawas peperiksaan yang mana mereka akan membaca soalan serta menuliskan jawapan yang saya berikan.

“Cabaran hebat ketika menjawab karangan, kerana kadang-kala saya bercakap agak laju justeru membuatkan pengawas berkenaan kurang faham dan sukar menulis ayat yang saya berikan.

Selain itu, saudara Khairulimran juga terpaksa diam seketika untuk mengingat semula nota yang dibacanya sebelum ini. Tetapi dia redha dengan ujian yang terjadi keatas dirinya dan percaya bahawa Allah yang memberi pertolongan.

Khairulimran berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam kursus Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan ingin mencapai cita-cita sebagai seorang pensyarah pada suatu hari nanti.

Bagi ibunya, Khairul Bariah Aziz, 53, tidak mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna dan sangat bersyukur dengan tahap pencapaian anaknya itu. Malah, bagi membantu Khairulimran, ibunya akan membacakan nota  bagi membolehkan anaknya mendengar dan meningati nota-nota tersebut.

Turut berkata pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd Khalid, Andi Noor Munawwarah Bachok, Imran sangat disenangi oleh semua guru dan pelajar ini sangat suka membantu rakannya, selain sangat aktif dalam kelas. Malah, guru dan rakan-rakannya juga terus memberikan sokongan supaya Imran tidak mudah mudah patah semangat untuk berjaya dalam peperiksaan SPM.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here