naturalisasi
Sumber foto : Semuanya JDT

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah mengumumkan senarai pemain yang akan mewakili sekuad negara untuk 2 perlawanan akan datang. Beberapa nama baru juga turut dipanggil buat pertama kali, termasuklah bintang JDT iaitu Natxo Insa dan juga beberapa lagi pemain berstatus naturalisasi yang lain.

Pasukan bola sepak kebangsaan bakal berdepan Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam satu aksi persahabatan antarabangsa pada 22 Mac. 5 hari selepas itu, mereka akan berangkat ke Lubnan untuk aksi peringkat kumpulan terakhir bagi kelayakan Piala Asia 2019.

Pemain tengah berusia 32 tahun, Natxo Insa telah berjaya menyinar setelah berpindah dari kelab Sepanyol, Levante. Natxo bakal menyertai adiknya, Kiko yang turut dipanggil untuk berada di dalam skuad kebangsaan. Kiko sebelum ini pernah mewakili Malaysia untuk perlawanan peringkat kumpulan menentang Hong Kong dan Korea Utara.

naturalisasi
Sumber foto : JDT Official FB

La’Vere Corbin-Ong juga disenaraikan setelah mempamer aksi mantap bersama JDT musim ini. Ini terbukti apabila beliau berjaya mengambil tempat Fazly Mazlan di dalam kesebelasan utama.

Menurut Cheng Hoe, pemain naturalisasi mungkin tidak mempunyai banyak pengalaman di peringkat antarabangsa tetapi mereka mempunyai pengalaman berharga beraksi di Eropah dan negara asal mereka. Ia akan memberi banyak kelebihan buat Harimau Malaya.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa Aksi Harimau Malaya Menentang Lubnan Wajar Dipuji Meskipun Tewas

“Ia satu idea yang baik untuk membawa masuk pemain naturalisasi ke dalam pasukan tetapi jika pemain tempatan sama bagus, saya tidak boleh mengetepikan mereka. Penyelesaian terbaik ialah skuad campuran pemain tempatan dan naturalisasi”, tambahnya lagi.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe

Kejayaaan skuad B-23 bimbingan Datuk Ong Kim Swee mara ke suku akhir AFC U23 Championship baru-baru ini turut menyaksikan ramai pemain di dalam skuad itu turut mendapat tempat.

Antara nama yang mengejutkan ramai pihak adalah kapten Sabah, Rawilson Batuil yang menjadi watak penting kejayaan Sabah menghuni tangga kedua Liga Perdana ketika ini. Rawilson merupakan satu-satunya pemain daripada Liga Perdana yang dipilih Cheng Hoe.

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa pemain yang tidak dipanggil. Antaranya adalah duo-pertahanan Perak, Nazirul Naim dan Khairul Azhan. Syamer Kutty Alba juga tidak dipanggil memandangkan beliau masih belum berjaya membuat sebarang penampilan untuk Vilaverdense FC sejak menyertai kelab divisyen 3 Portugal itu.

BACA JUGA :   Harimau Malaya Antara Yang Terendah Dalam Carta FIFA?
Syamer Kutty Abba

Berikut merupakan senarai penuh pemain yang bakal mewakili skuad Malaysia :

Penjaga Gol : Haziq Nadzli (JDT), Hafizul Hakim (Perak), Khairul Fahmi (Kelantan)

Pertahanan : Shahrul Saad (Perak), Kiki Insa (Bangkok Glass), Rawilson Batuil (Sabah), Matthew Davies (Pahang), La’Vere Corbin-Ong (JDT), Fazly Mazlan (JDT), Fadhli Shas (JDT), Adam Nor Azlin (JDT), S. Kunanlan (JDT), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Ariff Farhan (Kedah)

Midfiled : Safiq Rahim (JDT), Nazmi Faiz (JDT), Afiq Fazail (JDT), Natxo Insa (JDT), Akram Mahinan (Kedah), Syazwan Andik (Kuala Lumpur), Nor Azam Azih (Pahang), Wan Zack Haikal (Felda United), Mahalli Jasuli (PKNS FC), Syahmi Safari (Selangor)

Penyerang : Syafiq Ahmad (JDT), Darren Lok (JDT), Safawi Rasid (JDT), Hazwan Bakri (JDT), Akhyar Rashid (Kedah)

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here