Belakangan ini, ramai dalam kalangan kita yang mengeluh, kerja takde. Susah nak dapat kerja zaman sekarang. Ekonomi merosot dan lain-lain. berpuluh-puluh resume hantar kat syarikat, satu pun tak dilayan. Namun, korang tahu tak, mungkin kesilapan berpunca sebenarnya datang dari dalam diri korang juga.

kerjaWalaupun kita tahu, situasi sekarang nak rebut jawatan kerja kosong terlalu hebat persaingannya. Bila dah dapat peluang dipanggil  temuduga kerja, itu adalah petanda baik dan jangan sesekali korang tolak tau.

Kalau korang dah penat-penat pergi temuduga yang jadi sebaliknya… gagal diperingkat temuduga, perasaan kecewa jangan cakaplah. Tapi korang kena cepat ‘move on’ demi masa depan korang.

Langkah seterusnya korang perlu buat adalah, muhasabah diri dan ketahui punca-punca kegagalan syarikat tidak mengambil korang bekerja.

Berikut adalah antara punca atau sebab yang sempat kami list kan untuk dijadikan pedoman, panduan dalam korang hadapi temuduga.

kerja

#1. Imej Kurang Profesional

Ini merupakan perkara paling penting sekali. Tidak kira siapa, latar belakang korang, taraf ekonomi, korang perlu mempamerkan imej diri yang professional semasa hadir ke sesi temuduga.

Korang kena percaya kepada ‘first impression’, jika imej yang korang bawa semasa temuduga kurang menarik, ia akan memberikan gambaran yang buruk tentang diri korang. Jika sebaliknya, peluang korang mesti cerah.

Imej profesional tidak bermaksud anda kena memakai pakaian yang mahal. Biarlah sekadar sejuk mata ahli panel temuduga memandang dan pakaian perlulah bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.

Kepada kaum wanita, ini bukan tempat pertunjukkan fesyen. Cukup sekadar memakai pakaian secara bersederhana. Warna pakaian tidak lebih daripada 4 warna. Elakkan memakai pakaian dan tudung bercorak. Kepada yang ‘free hair’, tolong kemaskan rambut korang atau buat sanggul.

kerja#2. Lewat Dan Tiada Persediaan Rapi

Oh… tidak, jangan sesekali korang lakukan perkara sebegini. Jangan lambat di hari yang penuh bermakna untuk kerjaya korang. Ini mencerminkan sikap korang terutamanya dalam pengurusan masa.

Pastikan korang buat persediaan awal, seperti cari lokasi temuduga dan kawasan tempat letak kenderaan. Kalau korang naik kenderaan sendirilah. Kalau korang guna pengangkutan awam, pastikan korang pergi dulu sehari atau seminggu sebelum tarikh korang temuduga untuk mengetahui masa perjalanan korang.

Korang perlulah lebih ‘alert’ dengan masa ni. Biar korang sampai di lokasi temuduga awal sedikit supaya korang sempat ‘relax’dan ambil angin dahulu. Tidak terlalu gopoh gapah. Ini akan menyebabkan perasaan gementar korang lagi tinggi.

Kalau korang hadiri temuduga terbuka mana-mana syarikat, pastikan korang sampai awal. Selepas subuh tu korang mesti dah ada dekat kawasan temuduga. Bukan apa, ‘confirm’ akan beratur panjang punya…percayalah. Kadang-kadang suasana kawasan temuduga yang sesak akan menyebabkan ‘mood’ korang ke laut juga kan?

kerja#3. Jangan Terlalu Pemalu Dan Kurang Berinteraksi

Kalau korang ni jenis pemalu, tak menjadi masalah. Tapi, elakkan daripada menjadi terlalu pemalu sehingga korang kekok semasa sesi temuduga berlangsung. Majikan mahukan pekerja mempunyai ‘skill communiation’ tinggi. Rasa malu korang ni perlu bertempat tau!

kerja

#4. Tidak Menjaga Bahasa Badan (Body Gesture)

Korang kena ingat tau bahasa badan tu pun satu bentuk komunikasi tau. Tolong jaga postur korang masa duduk atas kerusi. Jangan terlalu menyandar sehingga nampak seperti mahu menonton televisyen.

Tunjukkan minat korang dengan maklumat yang diberi oleh panel temuduga. Selalunya maklumat yang disampaikan itu penting dan korang kena peka tau. Kalau korang bosan, jangan tunjuk depan ahli panel. Korang kena tunjukkan muka bersemangat.

kerja

#5. Soalan Berkenaan Gaji

Ini satu lagi masalah dalam kalangan kita. Selalu tanya pasal gaji. Bertanya tidak salah, tapi jangan tanya pasal gaji kalau panel temuduga tidak menyentuh soal gaji. Korang kena buat research sikit la pasal gaji kerja tu sebelum hadir temuduga. Gaji berbeza-beza mengikut syarikat dan sektor. Kepada yang baru lepasan universiti, tahu korang banyak komitmen dan hutang PTPTN dan sebagainya kena bayar. Tolong jangan ‘demand’ dalam meminta gaji.

kerja#6. Bahasa Inggeris

Ini menjadi satu mimpi ngeri bagi sesetengah calon temuduga. Bagi yang mahir berbahasa Inggeris, menjadi satu kelebihan buat korang. Bagi yang jarang-jarang menggunakan bahasa Inggeris, pastinya sesi temuduga ini akan digeruni kan?

Dalam sesi temuduga, jika berlangsung dalam bahasa melayu ia merupakan bonus buat korang. Namun, jika ia dalam bahasa inggeris, usah diamkan diri, terus atur ayat sebagaimana yang korang mampu jawab. Gunakan bahasa mudah untuk difahami. Mendiamkan diri menandakan korang tidak minat dan tidak menampakkan usaha.

Sebelum hadir temuduga, elok rasanya korang buat persediaan dalam bahasa Inggeris jika temuduga berlangsung dalam bahasa inggeris. Korang kena ingat, zaman sekarang kebanyakan syarikat menggunakan bahasa inggeris.

kerja

#7. Banyak “Kemungkinan”

Dalam setiap sesi temuduga, pastinya panel penemu duga akan bertanyakan soalan yang memerlukan korang jawab. Soalan akan ditanya mengikut situasi dan tidak sama. Disini kemahiran berfikir cepat perlu korang tonjolkan. Elakkan jawapan yang diberi oleh korang “mungkin”.

Ayat kemungkinan atau perkataan mungkin menandakan tahap keyakinan diri anda. Terlalu banyak kemungkinan dalam jawapan, lagi tipis peluang anda untuk jawatan tersebut. Jawapan anda kena yakin dan matang. Tiada jawapan betul atau salah, mereka hanya  mahu melihat kreativiti korang dalam menguruskan situasi yang berlaku.

Ini adalah sebahagian punca korang tidak mendapat kerja. Banyak lagi punca-punca lain. panggilan temuduga bukan senang nak dapat, tapi bila dapat jangan senang-senang korang lepaskan. Sebelum hadir temuduga tu, buatlah persiapan lengkap dari pelbagai sudut. Korang jangan ‘demand’ pulak tau. Terutamanya bagi yang baru lepasan universiti. Tanya rumah disediakan lah, kenderaan dan kelengkapan diri dan lain- lain.

kerja

Ohh ya…satu lagi, jangan kuat sangat politik tau. Simpan semangat politik korang biar kena pada tempatnya. Walaupun kadang-kadang ahli panel mengajukan soalan berkaitan dengan fahaman politik. Mereka hanya mahu melihat pendapat korang je tentang hal-hal dunia luar. Berhati-hati ketika memberi pendapat dan jangan sesekali menyebelahi sesiapa. Beri jawapan secara ‘general’.

Korang, sebelum hadir mana-mana temuduga kenalah buat research sikit. Bukan hanya research tentang syarikat je tau, korang kenalah belajar teknik-teknik temuduga, tahu cara pemakaian, cara bawa atau letak beg tangan, make-up dan sebagainya. Kalau ada kursus kat mana-mana, korang joinlah. Kat situ korang boleh tanya direct kat moderator. Disitu korang lebih faham. Buang sikap malas dalam diri korang kalau mahu berjaya.

kerja

Lastly, korang kena percaya kepada rezeki. Taqdir kita tidak pernah salah, tetapi belum tiba masanya. Korang kena usaha dan doa. Ingatlah  “selagi kita dikatakan manusia, selagi itulah kita dikelilingi dengan kelemahan. Namun, kelemahan-kelemahan ini lah yang akan dilihat sejauh mana kemampuan serta keupayaan diri kita sendiri”.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BM Blogr

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here