estranged

Masalah penduduk pedalaman Ranau selama ini tidak mempunyai bekalan elektrik, akhirnya mendapat bantuan daripada sekumpulan artis Estranged yang mengambil inisiatif untuk melakukan bantuan berkenaan. Bantuan itu memberi keselesaan lebih 1,000 penduduk di kawasan pedalaman Ranau.

 

Kumpulan artis Estranged bakal mengadakan konsert di kawasan perkampungan berkenaan pada 23 Jun akan datang. Penyanyi Rich Gimbang, berharap persembahannya itu mampu menarik lebih ramai peminat disamping dapat mengumpul sejumlah wang lebih RM40,000.

Langkah itu diambil supaya bekalan elektrik hidro mampu disalurkan kepada buah 23 rumah di kampung Sungai Toubung.

“kami bersepakat memilih untuk mengadakan konsert amal di sana kerana kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak diberi perhatian. Apatah lagi mereka juga sudah lama hidup dalam keadaan gelap-gelita, tanpa adanya kuasa elektrik.

Gambar Hiasan

“Harga bagi setiap tiket iaitu RM25. Bagi setiap tiket terjual akan disalurkan kepada Lightup Borneo bagi membolehkan kerja pemasangan hidro elektrik itu dilaksanakandi kawasan terbabit, sebelum tiba hari perlancaran konsert tersebut,” ujar ahli kumpulan Estraged itu.

Bagi mencapai matlamat itu, Rich berkata, mereka akan tampil dengan sebuah dokumentari berkenaan situasi perkampungan berkenaan yang akan disiarkan di laman sosial Estranged, bulan ini.

Rich Gimbang tengah

Bagaimanapun, kumpulan Estranged tidak mahu menghampakan para peminatnya di kedua-dua negeri itu. Oleh yang demikian, mereka turut merancang persembahan jelajah ke pekan kecil pedalaman Sabah dan Sarawak.

Selain itu, mereka juga akan singgah di 40 buah pekan di Sarawak dan 22 lagi di Sabah pada bulan Ogos akan datang. Sebuah trak telah diubahsui oleh kumpulan itu sebagai pentas persembahan bergerak yang akan digunakan sepanjang melaksanakan siri jelajah tersebut.

“Dua tahun lalu kami mengadakan persembahan jelajah ke institusi pengajian tinggi. Kali ini, kami memilih untuk mengadakan persembahan di pekan kecil pula dalam usaha mendekatkan lagi kumpulan ini dengan peminat.

“Ia juga menjadi medan untuk kami mempromosikan single terbaru berjudul Sebelum dan Selepas.

Kumpulan itu berkata, di bahagian semenanjung juga sudah ramai artis yang melaksanakan siri jelajah, jadi kali ini giliran mereka pula melakukan sedikit kelainan dengan menjayakan rancangan itu di Borneo sebelum album terbaru mereka keluar. Album terbaru itu dijangkakan dapat dipasarkan seawal tahun depan.

Tahniah untuk Kumpulan Artis Estranged Kerana menggunakan bakat yang ada dalam usaha membantu masyarakat di Ranau untuk mendapatkan hidro elektrik, seterusnya memberi keselesaan kepada penduduk berkenaan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here