estranged

Tindakan seorang wanita menerima padah selepas membuat penipuan terhadap kumpulan penyanyi terkenal, Estranged. Wanita berkenaan didakwa kerana menipu berhubung tawaran mengadakan konsert di London.

 

Wanita dikenali sebagai Eziana Abdul Aziz, cuba menjana pendapatan melalui satu kaedah penipuan terhadap kumpulan Estranged berkaitan dengan Festival Apple di London.

estranged
sumber foto : the verge

Penipuan itu menawarkan peluang kepada kumpulan Estranged membuat persembahan di festival berkenaan, seterusnya dapat menaikkan lagi nama kumpulan itu di persada dunia setelah membuat penampilan. Namun itu semua hanyalah palsu semata-mata.

Mujur aktiviti haram yang dilakukan oleh individu wanita berkenaan berjaya dihidu oleh kumpulan Estranged selepas butiran mereka dan juga syarikat diminta oleh wanita itu.

Wanita itu dikatakan sungguh licik dalam memalsukan dokumen dan semua rancangannya berjalan lancar sehingga tiada seorang pun yang menyedarinya. Termasuklah pemalsuan surat tawaran dan tiket penerbangan.

Mereka sudah bertemu sebanyak dua kali bersama wanita itu, mereka mula berasa yakin terhadap kenyataan yang dibuat dengan sangat teliti seolah-olah ia adalah tawaran bersih.

Bagaimanapun, rancangan penipuan itu mula dihidu oleh kumpulan Estranged apabila wanita berkenaan meminta  bebrapa butiran penting mereka dan syarikat dengan alasan untuk memindahkan sejumlah wang.

Selepas berasa sesuatu perkara pelik sedang berlaku, mereka mula menyiasat latar belakang wanita berkenaan. Aktiviti itu terbongkar selepas pihak Apple di United Kingdom mengesahkan tiada sebarang jemputan untuk kumpulan Estranged dan mengatakan wanita itu sebagai penipu.

Walaupun ia telah diketahui oleh kumpulan Estranged, mereka cuba berkelakuan seperti tiada apa-apa berlaku melainkan ingin melihat sejauh mana tembelang wanita itu memperdayakan Estranged.

Mereka menuntut ganti rugi di mahkamah sebanyak RM100,000, selain beberapa ganti rugi lain yang bakal ditafsirkan oleh pihak mahkamah. Bukan tujuan wang semata-mata, tetapi mahu menuntut keadilan dan menjadikannya sebagai pengajaran kepada rakan artis yang lain.

Justeru menyedari aktiviti haram itu mula dihidu, maka wanita terbabit terus meghilangkan diri dan dipercayai sedang berada di London.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here