Seperti sedia maklum, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 telah diumumkan keluar pada 15 Mac 2018. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ternyata berpuas hati dengan keputusan SPM 2017 yang menunjukkan peningkatan dalam Gred Purata Nasional (GPN) berbanding tahun sebelumnya.

SPM 2017

Kata beliau, selain GPN yang meningkat sebanyak 0.15, pencapaian mata pelajaran juga menunjukkan prestasi yang baik terutama Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik.

SPM 2017 juga menyaksikan 85.2 peratus daripada 415,008 calon yang menduduki sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras untuk pertama kali layak dianugerahkan sijil iaitu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

SPM 2017

Selain itu, 62.5 peratus daripada 994 calon berkeperluan khas (CBK) layak dianugerahkan sijil SPM. Secara keseluruhannnya 66 peratus calon SPM 2017 telah menguasai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.

Justeru, mari kita lihat senarai kedudukan SBP & MRSM di seluruh negara untuk keputusan SPM 2017 kali ini. Kedudukan adalah berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi pencapaian dalam keputusan SPM 2017.

Sekolah Berasrama Penuh

#1. Sekolah Tun Fatimah

#2. SMS Tuanku Munawir

#3. Kolej Islam Sultan Alam Shah

#4. SMS Seri Puteri

#5. Sekolah Sultan Alam Shah

#6. Malay College Kuala Kangsar

#7. SMS Perempuan Seremban

#8. SMS Alam Shah

#9. SMA Persekutuan Labu

#10. Kolej Tunku Kurshiah

 

Maktab Rendah Sains MARA

#1. Taiping (PERAK)

#2. Tun Ghafar Baba (MELAKA)

#3. Kuantan (PAHANG)

#4. Pengkalan Chepa (KELANTAN)

#5. Langkawi (KEDAH)

#6. Tun Abdul Razak (PAHANG)

#7. Pengkalan Hulu (PERAK)

#8. Kepala Batas (PULAU PINANG)

#9. Gemencheh (NEGERI SEMBILAN)

#10. Tun Dr Ismail (JOHOR)

Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke  universiti terkemuka luar negara dalam pelbagai bidang, layari Daulah Medic untuk melihat peluang-peluang yang ditawarkan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here