Di dalam artikel ini, kami akan memfokuskan bagaimana kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI) sedang mengubah dunia di sekeliling kita. Untuk pengetahun anda, AI adalah salah satu cabang sains komputer. AI membolehkan sistem komputer mempelajari dan menyelesaikan masalah tanpa memerlukan campur tangan manusia.

Artificial Intelligence

Gelombang pertama kecerdasan buatan bermula seawal tahun 1956 lagi. Tetapi, pembangunan dan kemajuan AI pada masa itu masih perlahan dan hanya mula berkembang pesat kira-kira 10 tahun dahulu. Dan kini, AI sudahpun digunakan di dalam pelbagai industri termasuklah kewangan, pertanian, membeli belah atas talian dan banyak lagi.

Mari kita lihat apakah revolusi yang dapat disaksikan hasil daripada kemajuan AI ini :

Kereta Tanpa Pemandu

Artificial Intelligence

Artificial Intelligence semakin mengubah cara manusia memandu kereta. Saban tahun, kemalangan jalan raya sering menjadi perkara yang dibimbangkan oleh kerajaan-kerajaan di seluruh dunia. Dengan adanya AI, ini membolehkan kereta di jalan raya dipandu oleh mesin secara automatik.

Sudah banyak syarikat pengeluar kereta ternama dunia sudah melakukan uji kaji ke atas pemanduan secara automatik di jalan raya dan sebahagian besar daripadanya berjaya. Dalam tempoh masa tidak lama lagi, kita akan dapat menyaksikan sistem ini menjadi realiti dan kemalangan jalan raya akan dapat dikurangkan dengan mendadak.

BACA JUGA :   Teknologi Pengesan Muka Terbaru Ini Mampu Kenalpasti Identiti Penjenayah Yang Sedang Menyamar

Keselamatan Siber

Artificial Intelligence

Keselamatan Siber merupakankerisauan utama bagi kebanyakan syarikat di luar sana. Dengan pertambahan teknologi baru yang lebih kompleks, ia menjadi lebih sukar bagi pakar siber untuk melindungi sistem-sistem daripada digodam individu tidak bertanggungjawab. Amatlah mustahil untuk memastikan sistem terjaga setiap masa tanpa ancaman daripada penggodam.

Namun, perkara ini dapat ditangani dengan adanya AI. Buat masa sekarang, banyak jalan penyelesaian berasaskan AI yang berfungsi menghalang ancaman penggodam di samping menyelesaikan masalah dalam sistem. Antara contoh syarikat yang sedang berusaha ke arah menyelamatkan dunia siber menggunakan AI adalah SecureworksDeep InstinctCylance, dan Sift Science.

Mengeratkan Kasih Sayang Dalam Diri Manusia

Artificial Intelligence

Memang agak ganjil untuk menghubungkan Artificial Intelligence dengan perasaan kasih sayang. Namun sama ada kita suka ataupun tidak, AI boleh mengubah cara kita mendapatkan pasangan, menguruskan hubungan dan juga mencipta entiti baru seperti patung seks pada masa hadapan.

Kemungkinan besar perkara itu sukar untuk dilaksanakan di negara kita kerana perbezaan budaya. Namun di negara-negara Barat, ianya dilihat sebagai satu keperluan dalam kehidupan masyarakat di sana.

BACA JUGA :   Elon Musk Labur $72 Juta Untuk Bangunkan Teknologi Neuron Tercanggih Di Dunia

Aplikasi ‘online dating’ seperti Tinder sudahpun menunjukkan minat untuk menggunakan AI di dalam aplikasi mereka. Selain itu, AI chatbots sudahpun diwujudkan bagi melatih seseorang individu untuk berinteraksi. Satu lagi laman online dating seperti OKCupid  juga telah berjaya menggunakan AI untuk membantu ramai para wanita mendapatkan pasangan.

Kesimpulan

Artificial Intelligence adalah satu revolusi di dalam kemajuan teknologi zaman ini. Impaknya dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Walaubagaimanapun, ramai pakar menjangkakan AI akan mengakibatkan ramai individu kehilangan pekerjaan dan menambahkan pengangguran.

Ramai juga pakar percaya bahawa mesin-mesin berasasaskan AI akan menjadi satu ancaman buat manusia. Apa-apapun, buat masa sekarang kita hanya boleh memfokuskan kepada aspek positif AI dan peranannnya dalam mengubah kehidupan seharian kita.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here