Tindakan Datuk Sheila Majid meluahkan keluh-kesah beliau terhadap keadaan ekonomi negara boleh dianggap sebagai hak bersuara.

Namun kritikan tersebut ‘memakan diri sendiri’ apabila ramai peminat ratu Jazz itu masih mampu membeli harga tiket konsertnya yang mencecah sehingga RM888.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz berkata, jika benar keadaan ekonomi negara semakin merosot, Sheila sepatutnya membantu para peminat dan orang ramai dengan menurunkan harga tiket, dan bukannya meletakkan harga sehingga mencecah RM888 sekeping.

Shiela Majid

Malah, tiket bagi konsert itu juga habis dijual.

“Kononnya negara off track kata @shielamajid, jika negara off track dan ekonomi tidak makmur, negara tidak aman, beranikah penganjur dan Shiela letakkan harga tiket sebegini?,” soal Tun Faisal.

Tun Faisal berkata demikian merujuk kepada satu laporan berita yang menyatakan Sheila tidak menyangka bahawa jualan tiket konsert yang dianjurkan penyanyi itu pada 5 Ogos lalu mendapat sambutan menggalakkan apabila semua kategori tiket, berharga RM388 dan RM888 habis dijual.

Shiela Majid

Terdahulu, Sheila menerusi kemaskini di akaun Twitternya mengeluh mengenai kos sara hidup yang tinggi dan nilai ringgit lemah, sekaligus menjadi selebriti seterusnya yang mencuri tumpuan selepas kenyataan dibuat Fatiya Latiff.

Akan tetapi kenyataan beliau dipertikaikan ramai pihak kerana jualan harga tiket yang mahal.

Tun Faisal menambah, jika dakwaan Shiela bahawa ekonomi negara berada di luar landasan disebabkan oleh kadar pengangguran yang tinggi, penyanyi popular itu seolah turut mengatakan negara-negara maju lain seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Finland serta Perancis juga off track.

Shiela Majid

Tidak bercakap ‘kosong’, Tun Faisal memuat naik statistik kadar pengangguran bagi tahun 2017 yang dikeluarkan oleh countryeconomy.com melibatkan negara-negara maju, dan membandingkan laporan tersebut dengan peratusan kadar pengangguran di Malaysia.

Berdasarkan laporan tersebut, setakat Oktober tahun ini, negara maju seperti AS mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 4.1 peratus, Perancis (9.4 peratus), Itali (11.1 peratus), serta Australia (5.4 peratus).

Sedangkan kadar pengangguran di Malaysia setakat September 2017 menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu iaitu dari 3.5 peratus kepada 3.4 peratus.

Sementara memetik kenyataan Tan Sri Annuar Musa semalam sebagai berkata, kerajaan sentiasa menghormati hak bersuara orang ramai dan komited untuk melakukan perubahan positif, namun sebahagian besar kenyataan dibuat Shiela mengenai situasi negara tidak benar kerana beliau bukan pakar ekonomi.

Shiela Majid

“Banyak yang salah, maknanya dia banyak salah, sebab itu bukan bidang dia. Tetapi, kalau dia hendak cakap barang mahal, orang menoreh getah pun boleh cakap barang mahal,” katanya.

Ini bukan pertama kali artis Malaysia mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk fakta sebenar, kerana Fatiya Latiff sebelum ini juga dikecam melakukan perkara yang sama selepas memuat naik beberapa kenyataan tidak tepat antaranya termasuklah melibatkan harga minyak dunia dan isu ‘cashless’.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here