Lamborghini Turut Tidak Kecuali Keluarkan Model SUV

Sebut sahaja kereta berjenama Lamborghini, tentu ramai yang terbayang barisan model kereta lumba mewah yang diasaskan di Itali sejak 1963 ini.

Loading...

Baru-baru ini, pengeluar sports car dan super-car terkemuka Eropah itu tampil melancarkan model pertama SUV yang bakal memasuki pasaran global pada tahun depan.

Dikenali sebagai ‘Urus’ bersempena nama sejenis spesies lembu gergasi yang telah pun pupus sejak abad ke-17, model SUV tersebut dikatakan yang terpantas di dunia dengan kelajuan maksimum 305 kilometer sejam (km/j).

Lamborghini sebelum ini pernah mengeluarkan model SUV kecil dikenali sebagai LM002 pada 1986, tetapi ianya gagal apabila hanya berjaya dijual sebanyak 328 unit kerana bentuknya yang tidak menarik, seperti trak ringan berkotak dengan empat pintu.

BACA JUGA :   Saksikan Tesla Model X Berentap Dengan Lamborghini Aventador SV Bagi Tentukan Siapa Lebih Laju

Walaubagaimanapun model Urus kali ini nyata lebih kemas rekaannya dan setanding dengan pelbagai SUV jenama popular dari Jepun, iaitu Honda, Toyota dan Nissan selain Hyundai dari Korea Selatan serta Ford dari Amerika Syarikat (AS).

Dikuasakan dengan enjin V8 turbo kembar, Urus dijangka melonjakkan sekali ganda pengeluaran kenderaan Lamborghini kepada 7,000 unit setahun berdasarkan trend pengguna yang mula menggemari model SUV khasnya mereka yang sudah berkeluarga.

BACA : Bagaimana Penciptaan Kereta Tesla Ini Mengubah Industri Automotif Dunia

Yang menariknya, Urus boleh dipandu seperti kenderaan pacuan empat roda kerana ada enam mod pemanduan yang disedakat termasuklah Strada (jalanan), Sport (sukan), Corsa (litar), Sabbia (pasir), Terra (darat) dan Neve (salji).

Ini bermakna, model SUV ini sesuai dipandu dari dataran tandus bersalji tebal di Siberia hinggalah ke gurun panas Sahara di utara Afrika selain menempuh kesesakan jalan berliku di Saks Fifth Avenue, New York.

BACA JUGA :   Saksikan Tesla Model X Berentap Dengan Lamborghini Aventador SV Bagi Tentukan Siapa Lebih Laju

Model SUV ini bakal dipasang di sebuah kilang canggih Lamborghini di Sant’Agata Bolognese, Itali dan mula dijual di pasaran seluruh dunia pada harga tawaran 187,389 euro (kira-kira RM898,663).

Bagaimana ? Ada yang dah tak sabar nak naik SUV ni ke ?

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysian Digest 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here