KUALA LUMPUR: Kebelakangan ini banyak kisah berbangkit mengenai Zaid Ibrahim. Dari kisah berkaitan dengan kenyataan beliau yang mengatakan bahawa solat adalah amalan yang bodoh dan juga telah mempersoalkan titah Sultan Selangor.

Datuk Zaid Ibrahim didakwa mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di akaun Twitternya baru-baru ini. Beliau akan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan.

Loading...

Zaid Ibrahim

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, kes berkenaan juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Katanya laporan ini telah pun diterima berhubung kes berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu di Shah Alam, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, laporan terhadap Zaid telah dibuat di Kuala Lumpur semalam.

BACA JUGA :   Solat Jemaah Selepas Sesi Persekolahan Adalah Amalan Bodoh - Zaid Ibrahim

Pengesahan mengenai satu laporan polis telah dibuat di Kuala Lumpur. Siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Zaid Ibrahim

Sultan Selangor menyatakan kebimbangan baginda dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sengaja mengeksploitasi isu kaum, agama dan lain-lain perkara sensitif dalam usaha sokongan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Titah baginda, tindakan seumpama itu dilihat akan meletakkan negara ke arah kehancuran yang mana isu tersebut sentiasa menjadi perkara yang dibincang serta dibimbangkan oleh sembilan Raja-raja Melayu di negara ini.

Baginda turut menegur Tun Dr. Mahathir Mohamed yang sebelum ini menghina etnik Bugis, selain menyifatkan bekas Perdana Menteri itu merupakan seorang pemimpin yang memiliki inferiority complex (merasa rendah diri yang kompleks) serta perasaan kebencian mendalam dalam dirinya.

BACA JUGA :   Sultan Selangor Murka Terhadap Zaid Ibrahim, Arah Keluar Dari Selangor

Zaid Ibrahim

Bagaimanapun, pandangan Sultan Sharafuddin itu dipertikaikan oleh Zaid apabila beliau menasihatkan baginda supaya berhati-hati dalam berkata-kata.

“Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” dakwa Zaid dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Twitternya.

Akibat tindakan itu, baginda menzahirkan kemurkaan terhadap ahli DAP itu dan menyifatkan Zaid sebagai seorang yang biadab.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here